Thursday, December 30, 2010
15 Tip menjadi pengurus berpengaruh
1. Berikan senyuman (senyum itu sedekah).
2. Ucapkan terima kasih.
3. Beri pujian ikhlas atas penat lelah.
4. Berikan projek yang lebih menarik/besar.
5. Hantar pekerja menghadiri kursus/latihan/persidangan/seminar (di luar stesyen).
6. Hantar kad ucapan/tahniah.
7. Berikan surat penghargaan.
8. Beri anugerah khas (Cth: perkerja terbaik bulanan).
9. Hadiahkan buku berkaitan kerja/motovasi (Penerbit dan penulis buku suka).
10. Berikan maklumbalas yang positif untuk setiap hasil kerja.
11. Minta nasihat atau cadangan daripada mereka, tanda kita hargai kepakaran mereka.
12. Terbitkan penghargaan dan nama mereka dalam buletin syarikat/laman web.
13. Berikan tugas yang lebih mencabar bukti sudah mereka boleh memimpin.
14. Bawa mereka untuk lawatan rasmi (cth: Ke kilang pembekal atau pelanggan di luar negra).
15. Minta mereka mewakili kita di pembentangan yang lebih ramai audiens.
Diadaptasi daripada 25 tips for non-financial recognition dalam buku tulisan Max A. Eggert (1999) bertajuk The Motivation Pocketbook terbitan Management Pocketbooks.
Untuk tips tambahan, rujuk Bab 23: Teknik Mempengaruhi Pasukan dalam buku Ilmu Pengaruh: bukan Jampi Tetapi Seni.
Wednesday, December 15, 2010
Testimonial - Tuan Malik Faisal
Penggunaan susunan kata-kata yang mudah untuk difahami merupakan suatu kekuatan yang 'tersendiri' bagi penulis untuk mempengaruhi para pembaca di semua peringkat usia.
Juga ketika membaca dan memahami isi kandungan buku ini seolah-oleh kita sedang berdialog dengan penampilan diri kita sendiri dan merungkai serta menjawab kembali kesamaran kualiti jati diri kita.
Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa buku ini melambangkan kekuatan minda seorang manusia yang inginkan perubahan yang luarbiasa tetapi dengan alunan 'muzik yang sentimental'.
Buku ini sebaik-baiknya perlu dimiliki oleh kita semua.
Semoga Allah merahmati Ustaz Syahrul Nizam Junaini atas usaha beliau dalam berkongsi nasihat dan pesanan yang sangat berguna kepada kita melalui sentuhan istimewa ini. Amin
MALIK FAISAL BIN ABDUL WAHAB
(Penulis buku 'JAMPI JELMAAN AL QURAN DAN HADIS' (PTS) dan buku 'RUQYAH SYAR'IYYAH: SEBUAH TERAPI ISLAMI TERHADAP GANGGUAN SIHIR DAN JIN).
Saturday, December 4, 2010
Reviu buku oleh Tuan Mohd Hafizul Hilmi
Sekian lama saya melihat Tuan Syahrul Nizam mengikuti perkembangan tulisan-tulisan di facebook saya meskipun tulisan itu ada yang tidak meningkatkan daya fikir. Rupanya saya berhadapan dengan orang yang hebat dan terkenal, Tuan Syahrul Nizam atau selayaknya saya anggap beliau sebagai seorang ayah, merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak, bahkan pernah menuntut di United Kingdom dalam bidang Komunikasi Media (Sarjana).
Cukup kerdil rasanya untuk saya menulis komentar berkenaan buku beliau bertajuk Ilmu Pengaruh : Bukan Jampi Tetapi Seni.
Buku ini cukup baik untuk mereka yang mahu membina potensi diri dari sudut pengaruh diri dalam sesuatu organisasi. Ada dua sisi, memilih untuk menjadi pemimpin dan mempengaruhi ahli dalam organisasi atau memilih untuk menjadi orang yang berpengaruh dan diangkat menjadi pemimpin dalam sesuatu organisasi. Dalam buku ini ada menerangkan taktik-taktik secara konsep untuk menjadi individu berpengaruh dan dapat dipraktikkan dalam apa sahaja medan yang diceburi. Apa yang perlu untuk menjadi individu berpengaruh ialah bukan duit, pangkat, dan jawatan tetapi ia melibatkan teknik-teknik menguasai emosi dan sumber-sumber dalaman yang sudah tersedia ada dalam diri seseorang.
Saya cukup tertarik dengan huraian tentang kemahiran menguasai emosi kumpulan sasaran untuk dipengaruhi. Lihat bagaimana sesebuah lagu itu diminati oleh pendengar untuk jangka masa yang panjang (evergreen), saya fikir ada unsur emosi yang terdapat dalam lagu tersebut. Jika dibandingkan dengan lagu-lagu baru yang ada pada hari ini, tidak banyak yang diisi dengan sentuhan emosi yang selari dengan mesej yang ingin disampaikan dalam liriknya. Ketandusan sentuhan emosi inilah yang menyebabkan lagu-lagu pada hari ini sekadar seperti angin lalu, dan tidak mampu bertahan lama dalam pasaran peminat.
Contoh yang boleh dibawa ialah apabila kita mendengar lagu-lagu P Ramlee, seperti lagu Pok Pok Bujang Lapuk (unsur humor) dan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti (emosi sedih). Iramanya cukup sarat dengan elemen emosi atau perasaan yang membuatkan liriknya dinyanyikan dengan penuh makna. Begitu juga lagu yang dicipta oleh Pak Ngah dalam genre lagu Melayu asli. Keaslian lagu Melayu masih kekal dalam setiap lagunya kerana ada unsur emosi atau perasaan yang mengiringi lirik. Tidak hairan jika telinga kita masih boleh melayan lagu-lagu lama Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris walaupun lagu itu dicipta sejak 10 tahun yang lalu. Jika diterap unsur emosi dan perasaan, ia akan terus hidup!
Begitu juga dalam proses menyampaikan arahan, ucapan, doktrin dan propaganda. Unsur emosi dan perasaan harus seiring buat menghidupkan mesej tersebut. Anwar Ibrahim menggerakkan kempen reformasi 1998, dengan membangkitkan sentimen rakyat (emosi). Dalam ucapan-ucapan beliau, isu fitnah yang dilempar kepada beliau, kepincangan perjalanan proses undang-undang di mahkamah, dan isu rasuah dan penyelewengan yang berlaku, beliau telah menyimpulkan semua isu ini sebagai; “Ini bukan isu Anwar. Ini adalah isu kepincangan sistem kenegaraan dan rakyat harus bangkit!” Kebangkitan ini dilingkungi oleh unsur emosi yang membuak-buak dalam kalangan rakyat. Maka tidak hairan jika Anwar merupakan tokoh yang berpengaruh di seluruh peringkat masyarakat, bahkan di seluruh dunia.
Banyak lagi teknik-teknik yang Tuan Syahrul Nizam telah gariskan selain daripada permainan emosi, antaranya ialah kaedah memujuk yang menjadi isi utama perbincangan buku ini. Banyak perkara-perkara baru yang diperoleh daripada buku ini terutamanya hasil-hasil kajian dan petikan-petikan dari tokoh yang terkenal dari seluruh duina. Terbuki penulisnya mempunyai maklumat luas dengan merujuk sumber yang pelbagai berkenaan dengan kemahiran komunikasi lalu diterjemah sebagai teknik menjadi individu berpengaruh dan teknik mempengaruhi orang lain.
Siapa yang belum beli, mesti beli!
P.s:
Menjadi individu berpengaruh atau menjadi individu yang mampu mempengaruhi orang lain adalah dua benda berbeza. Tekniknya saja sudah jauh berbeza dan saya fikir ia boleh dihuraikan dengan lebih lanjut.
Memiliki kemahiran untuk elakkan diri dari dipengaruhi oleh orang lain, juga merupakan ilmu pengaruh?
Saya berkira-kira untuk menulis perbezaan antara buku self-help (bantu diri) yang ditulis oleh penulis antarabangsa dan penulis tempatan.
Friday, July 30, 2010
Pemimpin berpengaruh bertambah pengaruh
Dalam hal ini, pemimpin berpengaruh tidak semestinya memberikan elaun keraian yang diterimanya setiap bulan. Dia boleh memberi apa sahaja--tidak semestinya dalam bentuk material.
Dia boleh memberi nasihat, tunjuk ajar mahupun bimbingan. Malah mutiara kata-kata yang diberinya secara percuma boleh menjadi pemberian yang sangat berharga. Malah nilainya lebih tinggi daripada sejongkong emas.
Sebaris kata-kata nasihat bisa menjadi penyegar jiwa. Apabila jiwa pengikut disiram, dibaja dan disemai dengan sempurna, jati diri mereka akan tumbuh subur. Pemberian seperti ini bukan sekadar boleh mengubah mereka yang berada di sekelilingnya, malah boleh mengubah dunia.
John E. Haggai dalam bukunya The Influential Leader: 12 Steps to Igniting Visionary Decision Making mendefinisikan pemimpin berpengaruh sebagai: "... pemimpin yang menggunakan pengaruhnya bagi mentransformasi dunia di sekeliling mereka, dan meningggalkan kebaikan yang mendalam."
Kebaikan yang mendalam hanya tercipta apabila ada pihak yang memulakan kebaikan. Justeru jadilah pemimpin yang suka memberi. Berilah apa sahaja yang membawa kebaikan dan menggembirakan pengikut. Pengikut yang gembira dengan layanan pemimpin sudah tentu akan menghormati pemimpin itu. Sebagai tanda hormat, mereka akan menyanjungi kita. Sanjungan itu pula sangat bernilai bagi membina kredibiliti seorang pemimpin.
Pemimpin berpengaruh bukan sekadar mendapat keuntungan di dunia, tetapi juga pahala di akhirat. Semoga pengaruh yang dicipta menjadi asbab Allah SWT reda kepada kita.
Thursday, May 27, 2010
Mencipta pengaruh melalui bahasa
"Justeru pilih perkataan yang tepat dan ketahui bila dan bagaimana menggunakannya. Ia akan memberi kesan kepada seseorang. Perkara ini boleh dilihat dengan jelas pada pemimpin terbilang dunia seperti Winston Churchill atau Martin Luther King. "
"Apabila kita bercakap dan menulis, individu di sekeliling kita akan tahu sama ada kita ini bertaraf ‘pasar’ ataupun ‘pasar raya’."
"... mereka yang mempunyai kemahiran berbahasa yang lancar, lengkap, terpelajar, akan dipersepsi sebagai pemimpin yang baik. Ini sangat penting bagi membentuk karisma seorang pemimpin."Baca kertas kerja lengkap yang beliau tulis.
Tuesday, May 25, 2010
Tip: Cari persamaan sebelum mempengaruh
Thursday, May 13, 2010
Pendaftaran Bengkel Bersama Penulis Ilmu Pengaruh - Bukan Jampi Tetapi Seni Dibuka Sekarang!
Bengkel bersifat hands-on ini membongkar rahsia dan teknik menulis buku bestseller. Di hujung bengkel anda akan dapat menyiapkan kertas cadangan penulisan buku untuk dihantar kepada penerbit.
Peserta akan didedahkan dengan 'jampi' yang digunakan semasa menulis buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni yang diulang cetak tidak sampai dua bulan dari tarikh terbit. Buku ini adalah buku soft skills terlaris PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2010) . Buku ini juga adalah top 3 kategori bisnes dan pengurusan PTS.
Dengan menyertai bengkel ini anda akan dapat:
- membina personal branding dan positioning bagi membezakan diri anda berbanding beribu-ribu penulis lain di Malaysia.
- mempraktikkan teknik berkesan menganyam perkataan untuk membentuk ayat, perenggan dan bab yang akan memberi nikmat kepada beribu-ribu orang yang membacanya.
- mengetahui teknik praktikal dan pantas bagaimana anda cuma perlu menulis buku sekali, tetapi menikmati royalti berkali-kali.
Tarikh : 11 Julai 2010
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras (IYC)
klik sini untuk lihat peta. Berhampiran dengan HUKM.
Yuran : RM 200.00 (Bayaran adalah selewat-lewatnya 3 minggu sebelum bengkel. Hanya perserta yang sudah membayar sahaja akan disenaraikan di blog AVA).
Jumlah Perserta : Hanya 30 orang sahaja.
- Makan dan Minum disediakan.
- Terdapat kemudahan surau.
- Sijil disediakan.
-Sesiapa yang berminat, sila emel nama kepada ejenmanuskrip@yahoo.com
TENTATIF
Sesi 1 :
9pg - 10.45 pg
- Asas menulis buku
- Mengkaji trend buku bestseller
- 100 tip mengarang berkesan
10.45 - 11.00 pg (Rehat & Minum pg)
Sesi 2 :
11 - 12.45 tgh
- Rahsia menulis 5 buah buku serentak
- Praktikal menulis satu bab
12.45 - 1.45 ptg (Rehat, makan tgh, Solat Zohor)
Sesi 3 :
1.45 - 3.30
- Menulis proposal buku
- Seni memikat penerbit
3.30-4.00 ptg
- Praktikal menulis proposal buku
Soalan
Bersurai.
TRAINER
Tn Hj Syahrul Nizam Junaini memiliki ijazah Sarjana Komunikasi Media dari University of Bradford, United Kingdom. Beliau kini Pensyarah Kanan bidang multimedia di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Setakat ini beliau telah menghasilkan empat buah buku, walaupun menulis secara sambilan dan di luar bidang kepakaran.
Testimonial
Thursday, April 22, 2010
Thursday, April 8, 2010
Tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011
Sunday, March 28, 2010
Wednesday, March 24, 2010
Six universal principles of influence
Because the principles of influence can be so powerful in causing change in others, we have to consider our ethical responsibilities in the process. Fortunately, the way to be ethical in the use of these principles is the same as the way to be profitable in using them:
Always be sure to influence another in a way that ensures that you haven't damaged your ability to influence this person again in the future. In other words, the other person must benefit from the change you've created. We can do this by harnessing one or more of the six universal principles of influence:
- Reciprocation. People give back to you the kind of treatment that they have received from you.
- Scarcity. People will try to seize the opportunities that you offer them, that are rare or dwindling in availability.
- Authority. People will be most persuaded by you when they see you as having knowledge and credibility on the topic.
- Commitment. People will feel a need to comply with your request if it is consistent with what they have publicly committed themselves to in your presence.
- Liking. People prefer to say yes to your request to the degree that they know and like you. No surprise there.
- Consensus. People will be likely to say yes to your request if you give them evidence that people just like them have been saying yes to it.
Wednesday, March 17, 2010
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010 )
Saya sudah merancang pengisiannya. Namun saya mengalu-alukan cadangan aktiviti daripada tuan/puan supaya satu jam ini memberi manfaat maksima kepada pengunjung pesta buku nanti.
Pada 20 Mac 2010, pelbagai aktiviti penulis bersama peminat sudah dirancang oleh Jabatan Pemasaran PTS. Temui Ainin Naufal, Ezee Rahmani, Syahrul Nizam Junaini, Nurul Zahida, llya Alias dan Ain Maisarah pada 20 Mac ini bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Jumpa di sana!
Tuesday, March 16, 2010
Testimonial
Monday, March 8, 2010
Hanya tinggal tiga...
Tuesday, March 2, 2010
Thursday, February 18, 2010
Pawang Manusia
Saya fikir Buku Ilmu Pengaruh: bukan Jampi tetapi Seni yang saya tulis adalah buku pertama beracuan Malaysia bagi buku How to Win Friends and Influence People yang ditulis pada 1936. Saya fikir buku Pawang Manusia pula adalah acuan Indonesia.
Wednesday, February 17, 2010
Siapa insan yang ingin kita pengaruhi hari ini?
Jangan bimbang, ini bukan buku yang mengajarkan ilmu hitam.. :)
Kata Tuan Shahrul Nizam Junaini (penulis buku ini) dalam catat...annya untuk saya, "Semoga menjadi ahli akademik yang berpengaruh". Semoga dimakbulkan Allah. Amin.
Tuesday, February 16, 2010
Testimonial
Monday, February 15, 2010
Testimonial
Sunday, February 14, 2010
Saturday, February 13, 2010
Testimonial
Friday, February 12, 2010
Testimonial
Diskaun 10%! Jangan lepaskan peluang ini!
Thursday, February 11, 2010
Wednesday, February 10, 2010
Testimonial
Monday, February 8, 2010
Testimonial
"Saya baru beli buku (Ilmu Pengaruh), ianya satu buku yang menarik dan amat sesuai untuk semua orang." ~ Sharul Azman Shamsuddin
Kursus Membina Personaliti Usahawan Berpengaruh di Facebook
Lebih banyak gambar menarik di laman Flickr Usahawan Hebat.
Sunday, February 7, 2010
Belum 2 Bulan Terbit Stok Sudah Licin dalam Gudang PTS
Menjual buku-buku profesional karya penulis tempatan adalah sukar kerana pembaca buku-buku profesional mempunyai persepsi negatif terhadap pengarang tempatan. Mereka hanya percaya buku profesional yang bagus kalau buku itu tulisan pengarang 'orang putih' sahaja.
Tetapi jualan buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni" tulisan Tn. Syahrul Nizam ini, yang dicetak 3000 naskhah, membuktikan bahawa buku profesional karya pengarang tempatan dapat dijual dengan larisnya.
Saya pernah berbincang dengan seorang penerbit Cina tentang isu menerbitkan buku profesional tulisan penulis Malaysia. Menurut beliau, di kalangan orang Cina sekalipun mereka hanya percaya buku terbitan Amerika dan UK sahaja yang bagus kualitinya. Mereka percaya kepada nama orang putih.
Malah kata penerbit itu lagi, orang Cina tidak percaya kepada penerbit Malaysia. Itulah sebabnya buku tulisan pengarang Cina Malaysia akan diterbitkan (konon-kononnya) oleh penerbit Singapura bagi mengabui mata pembeli buku di Malaysia, kerana mereka mempunyai persepsi buku yang diterbitkan di Singapura lebih berkualiti (padahal penerbit Singapura itu hanya pada namanya sahaja)!
Memang banyak buku tulisan orang putih bagus-bagus kualitinya. Tetapi itu tidak bermakna buku pengarang tempatan semuanya tidak berkualiti.
Kejayaan buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni" ini membuktikan buku profesional karya penulis tempatan dapat dipasarkan dengan baik.
Saturday, February 6, 2010
Kursus Membina Pengaruh Sebagai Usahawan & Mukmin Profesional @ Facebook
Time: 9:00am - 5:00pm
Location: Kulliyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
Bukan lagi rahsia! Setiap manusia mempunyai kuasa pengaruh tersendiri. Cetuskan kuasa pengaruh dalam diri anda melalui penerokaan dalam kursus ini . Ia diadakan khas untuk individu yang masih mencari dan ingin membina aura pengaruh di dalam diri sendiri.
Pengaruh adalah sesuatu yang dinamik. Ia perlu dibentuk secara berterusan melibatkan setiap orang yang kita temui.Pelbagai teknik berkesan untuk memanipulasi dan mengembangkan potensi pengaruh di dalam diri individu yang akan dikongsi dengan lebih mendalam. Hasilnya anda bukan sahaja disukai malah cukup disenangi dan mudah pula didampingi.Melalui rangkuman kemahiran berkomunikasi, bersosialisasi dan interpersonal, kursus ini merupakan yang pertama seumpamanya diadakan.
Membina empayar kerja ataupun perniagaan, memerlukan pengaruh dan juga nama. Begitu juga untuk menjadi agen menyebarkan dakwah Islam- juga perlu pada pengaruh dan personaliti yang cukup hebat, sehingga mampu menarik manusia kepada penghayatan Islam yang sebenar.
Dunia pada hari ini begitu mencabar dengan lapangan sosial yang begitu mendesak supaya kemahiran bersosial dipelajari dengan lebih baik. “Kursus Membina Pengaruh Sebagai Usahawan & Mukmin Profesional@Facebook” ini buat julung-julung kalinya akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.
Kursus hebat ini dikendalikan oleh Tn Hj Syahrul Nizam Junaini, seorang penulis buku yang berpengaruh di pasaran iaitu Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi, terutama selepas kelahiran karya sulungnya, Teknik Persembahan Hebat Dengan PowerPoint yang laris di pasaran. Berkelayakan akademik Ijazah Sarjana Komunikasi Media dari University of Bradford, United Kingdom, beliau kini merupakan motivator dan Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Selepas menghadiri kursus ini para peserta akan dapat:
1. Membina & menyebarluaskan pengaruh sebagai mukmin profesional dalam bidang masing-masing.
2. Mengetahui konsep dan teknik asas komunikasi berpengaruh..
3. Mempraktikkan tips-tips untuk memantapkan pengaruh sebagai usahawan terutamanya di laman sosial paling laris di masa kini- Facebook.
KENAPA PENGARUH PENTING DALAM MENCAPAI KEJAYAAN??
Ada orang mengatakan kejayaan itu adalah kerana individu itu sememangnya sudah berpotensi berjaya. Hakikatnya, fakta itu tidak tepat dengan fitrah dan psikologi kejayaan. Jika potensi semata-mata sudah memadai untuk berjaya, mengapa masih ada ramai orang yang berpotensi tetapi akhirnya terpaksa menempuh kegagalan dalam hidup?
Jika potensi sahaja sudah memadai, maka orang yang paling berpengaruh sudah pasti mereka yang berpotensi. Tetapi hakikatnya kita semua berpotensi sebagai manusia hebat, namun bukan semua daripada kita berpengaruh. Satu kajian di Amerika mendapati;
• Lebih 50% CEO kepada 500 anak Syarikat Fortune seringkali mendapat C semasa di kolej.
• 65% dari seluruh ahli senat Amerika adalah mereka yang sering mendapat tempat pertengahan dan ke bawah di dalam kelas semasa di sekolah.
• 75% daripada Presiden-presiden Amerika mempunyai rekod akademik yang buruk.
• Lebih 50% usahawan jutawan tidak menamatkan pengajian universiti.
Jelas, potensi semata-mata tidak mencukupi dan ia perlu disertai dengan PENGARUH!
Satu lagi Fakta kajian yang perlu kita ketahui :
1) 15% sumber pengaruh adalah daripada JAWATAN
2) 35% sumber pengaruh adalah daripada ILMU
3) 50% sumber pengaruh adalah daripada PERSONALITI
Di dalam kursus ini, antara perkara yang bakal dikongsi oleh Tn Hj Syahrul Nizam adalah:
Seminar I - Membina Personaliti Mukmin Berpengaruh
Tujuh Senjata Memujuk
Empat Corak Rundingan Berpengaruh
Teknik Komunikasi Persuasif
Bahasa Tubuh Berpengaruh
Ayat-ayat Cinta Yang Power!
Hadiah Sebagai Umpan Pengaruh
Strategi Kepimpinan Berpengaruh
Menjadi Pekerja Berpengaruh
Enam Kualiti Personaliti Berpengaruh Zaman Rasullullah SAW (Terhangat!!)
PRAKTIKAL: 10 minit yang Berpengaruh!
Seminar II - Strategi Pemasaran Berpengaruh dengan Facebook
Notes, Photo, Video dan Events
Adab Berziarah ke Rumah Orang
Tips Gambar dan Profil Berpengaruh
Teknik Branding dan Membina Jenama
Fadhilat Tijarah
Kaedah Pemasaran MLM (Mutual and Loving Marketing)
Tips Mempengaruhi Pelanggan
Tujuh Silap Faham dalam Pemasaran
PRAKTIKAL: Mewujudkan Fan Page dan Group 'Bermagnet'
Siapa yang perlu hadir ke kursus ini??
*ANDA pemimpin yang ingin berpengaruh dalam sesebuah organisasi
*ANDA mahasiswa yang dalam proses membina nama dan pengaruh dalam persatuan
*ANDA usahawan yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia bisnes
*ANDA pekerja biasa yang ingin mencipta pengaruh luar biasa
*ANDA yang sememangnya ingin menjadi mukmin professional berpengaruh
Kursus ini bersifat hands-on. Tips-tips praktikal yang disampaikan akan terus dipraktikkan semasa kursus. Para peserta digalakkan membawa komputer riba (laptop) masing-masing. Penganjur akan menyediakan sambungan Internet.
Detail program adalah seperti berikut :
Tarikh: 27 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 9.00 am - 5.00 pm
Lokasi: Bangunan Kulliyyah Kejuruteraan ,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Yuran: RM130.00
Yuran berkumpulan (5 orang): RM600.00
Yuran untuk Pelajar UIAM : RM110
Yuran early bird (sebelum 13 Februari 2010): RM100.00
Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank di atas nama Nur Shahidat Mohamed, nombor akaun 153010526774.Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian 013-3005476.
Tarikh tutup pendaftaran ialah 25 Februari 2010.
*Tempat adalah amat terhad. Terbuka untuk 100 penyertaan sahaja. Pastikan tuan/puan mendaftar segera untuk mendapatkan ilmu pengaruh ini lebih dahulu daripada orang lain! (^_^)
Daftar di sini: http://www.facebook.com/event.php?eid=303575286696
Friday, February 5, 2010
Buku Ilmu Pengaruh akan diulang cetak!
HANYA 2 NASKAH YANG TINGGAL! Kepada rakan-rakan yang berada di Melaka, tuan/puan boleh dapatkan buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni dengan segera di MPH atau Thai Kuang Mahkota Parade. NOTA: 2998 naskah cetakan pertama sudah licin dari stor penerbit! :-)
Saya baru menerima SMS daripada Tuan Irfan Jani, editor di PTS Professional. Alhamdulillah... Buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni akan diulang cetak, setelah 3000 unit cetakan pertama 'ghaib' dalam tempoh kurang dua bulan. Semoga berdozen-dozen tips mempengaruh yang saya tulis memberi manfaat kepada lebih ramai pembaca dari Perlis ke Sabah! :-)
Thursday, January 28, 2010
Testimoni: Buku “Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni” Bagus untuk Pengurus dan Jurujual
Tuan Zamri Aminuddin (foto berbaju biru) menulis:
Saya baru saja selesai membaca buku hasil tulisan rakan FB saya; Tuan Syahrul Junaini, yang berjudul "ILMU PENGARUH : BUKAN JAMPI TETAPI SENI".
Saya bertugas sebagai pengurus dan pada yang sama, saya juga mengendalikan aktiviti jualan untuk organisasi saya. Di samping itu saya juga memiliki memilik bakeri yang mempunyai beberapa orang kakitangan sendiri.
Menjadi pengurus memerlukan kemahiran mempengaruhi orang lain - kakitangan dan juga pelanggan. Begitu juga dengan aktiviti jualan dan perniagaan saya.
Melalui buku ini, saya mula memahami akan pentingnya ilmu pengaruh, terutamanya apabila berhadapan dengan kakitangan bawahan yang mempunyai pelbagai ragam. Amat seronok apabila membaca buku ini dan dapat terus mengaitkannya dengan keadaan sebenar di dalam organisasi saya dan bagaimana saya dapat mempengaruhi kakitangan dengan melihat dan memahami tabiat dan perwatakan mereka.
Bagi aktiviti menjual, ilmu pengaruh ini amat bermanfaat kerana sememangnya tugas menjual itu adalah untuk mempengaruhi prospek membeli produk atau perkhidmatan yang dijual. Kita dapat mempelajari beberapa teknik pengaruh yang dapat digunakan dalam aktiviti jualan.
Saya suka mencadangkan buku ini dibaca oleh pengurus dan jurujual, kerana ilmu yang ada di dalam buku ini amat berguna dalam kedua-dua aktiviti, iaitu mengurus dan menjual.
Tahniah kepada Tuan Syahrul kerana berjaya menghasilkan buku yang berguna ini. Mungkin saya boleh mencadangkan Tuan Syahrul untuk menghasilkan pula buku mempengaruhi orang melalui internet pula!
Kursus Membina Personaliti Usahawan Berpengaruh di Facebook
Date: | Wednesday, February 3, 2010 |
Time: | 8:00am - 5:30pm |
Location: | Bilik Kuliah PUSMA, Aras 3, Seremban Plaza |
Disalin dari sumber asal.
Tuan/Puan usahawan yang dihormati, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kursus yang julung kali diadakan ini untuk memantapkan lagi pengaruh Tuan/Puan di ruang maya terutamanya laman sosial yang paling popular pada masa ini - Facebook.
Kursus hebat ini dikendalikan oleh Tn Hj Syahrul Nizam Junaini, penulis buku yang berpengaruh di pasaran iaitu Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi, terutama selepas kelahiran karya sulungnya, Teknik Persembahan Hebat Dengan PowerPoint yang laris di pasaran. Berkelayakan akademik Ijazah Sarjana Komunikasi Media dari University of Bradford, United Kingdom, beliau kini merupakan motivator dan Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Selepas menghadiri kursus ini para peserta akan dapat:
- Mengetahui konsep dan teknik asas komunikasi berpengaruh.
- Mempraktikkan pengetahuan tersebut dalam aktiviti promosi dan pemasaran melalui Facebook.
Tajuk-tajuk berpengaruh yang bakal dikongsi oleh Tn Hj Syahrul Nizam dalam kursus ini ialah:
Sesi 1: Tips Komunikasi Berpengaruh
- Membentuk Personaliti Berpengaruh
- Tujuh Senjata Memujuk
- Teknik Komunikasi Persuasif
- Ayat-ayat Cinta yang Power!
- Mencipta Profil Menarik
- Membina Personaliti Menarik
- Menjaga Kerahsiaan Data
- Emoticon dan Emosi Maya
- Adab dan Tertib di Alam Maya
- Dosa dan Pahala Maya
Sesi 2: Facebook Lubuk Rezeki Usahawan
- Asas Perniagaan Online (E-mail/Blog/Facebook).
- Wall, Fan Page dan Group
- Notes, Photo, Video dan Events
- Menjaga 'dinding' Facebook
- Adab Bertandang ke Rumah Orang
- Teknik Branding dan Membina Jenama
- Kaedah Pemasaran Cara Halus
- Tips Mempengaruhi Pelanggan
- 7 Dosa Besar dalam Pemasaran (EKSTRA!)
Kursus ini bersifat hands-on. Tips-tips praktikal yang disampaikan akan terus dipraktikkan semasa kursus. Para peserta digalakkan membawa komputer riba (laptop) masing-masing. Penganjur akan menyediakan sambungan Internet.
Yuran penyertaan adalah hanya RM120 sahaja, termasuk makan dan minum serta kit peserta.
Untuk mendaftar, hubungi Cik Azzah di talian 019-2875243 atau email ke azzahar[at]digital-apprentice.com.
Tempat adalah amat terhad. Pastikan tuan/puan mendaftar segera untuk mendapatkan ilmu pengaruh ini lebih dahulu daripada orang lain!
\(^_^)/
Tuesday, January 26, 2010
Ulat Buku, Harian Metro: Semula jadi berpengaruh
(Klik pada gambar!)
Ulat Buku: Semula jadi berpengaruh
2010/01/26
RAMAI menganggap pangkat, kekayaan dan kuasa mampu membuatkan diri seseorang itu berpengaruh. Justeru, ada yang sanggup melakukan apa saja biarpun tidak dihalalkan agama atau direstui norma masyarakat.
RAMAI menganggap pangkat, kekayaan dan kuasa mampu membuatkan diri seseorang itu berpengaruh. Justeru, ada yang sanggup melakukan apa saja biarpun tidak dihalalkan agama atau direstui norma masyarakat.
Mungkin kita tidak perasan, sebenarnya ada orang di sekeliling kita yang masih berpengaruh secara semula jadi. Tanpa sebarang jampi serapah, kita mampu membuatkan semua orang mengakui pendapat kita. Inilah yang disebut sebagai seni mempengaruh.
Kuasa daya pengaruh lahir daripada pelbagai faktor seperti yang dihuraikan dalam buku ini. Pelbagai cerita turut dimuatkan supaya ia lebih mudah difahami.
Karya ini sesuai untuk dimiliki mereka yang bekerja secara berkumpulan khususnya, tidak kira di peringkat atasan mahupun di kalangan pekerja sokongan.
Penulisnya, Syahrul Nizam Junaini, memiliki kepakaran dalam seni komunikasi berpengaruh yang sebelum ini melahirkan karya, Persembahan Hebat dengan Power Point.
Lulusan Universiti Bedford, United Kingdom, kini penulis adalah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak.
Judul: Ilmu Pengaruh - Bukan Jampi Tetapi Seni
Penulis: Syahrul Nizam Junaini
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd (2010)
Harga: RM21.90 (Sabah dan Sarawak RM24.90)
Tebal: 178 halaman
Monday, January 25, 2010
20 Buku Bisnes dan Pengurusan PTS Paling Laris pada Tahun 2009
1. Buat Duit dengan Blog (5,198) - Tarikh Terbit: 18 March 2009 ;
2. Buat Duit dengan Ikan Keli (4,715)
3. Rahsia Bisnes Orang Cina - ed. kulit lembut (4,562) Tarikh Terbit: 5 October 2006 ;
4. Buat Duit dengan Cendawan (3,586)
5. Buat Duit dengan Restoran (3,431)
6. Rahsia Bisnes Orang Cina - ed. jimat (3,371)
7. Buat Duit dengan Foto (3,009)
8. Buat Duit dengan Rumah (2,941)
9. Buat Duit dengan Tuisyen (2,937)
10. Buat Duit dengan Jual Pakaian (2,907)
11. Buat Duit dengan Lembu (2,894)
12. Buat Duit Sebagai Ejen Insurans dan Takaful (2,886)
13. Buat Duit dengan Cacing Tanah (2,858)
14. Bisnes Internet: Bina. Upload. Urus (2,836)
15. Strategi Bisnes Manchester United (2,819)
16. Menjadi Jutawan MLM. ed. jimat (2,811)
17. Buat Duit dengan Cenderamata Korporat (2,803)
18. Internet Marketing dengan FaceBook, Myspace.com & Twitter (2,796)
19. Buat Duit dengan YouTube (2,777)
20. Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni (2,728) - Terbit 1 Disember 2009
Nota: Laporan ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS. Data di atas adalah jumlah naskhah yang keluar dari gudang PTS bagi penghantaran atas pesanan pengedar, kedai buku dan agen PTS di seluruh negara dalam tempoh 1 Januari - 31 Disember 2009.
Nota Tambahan: Alhamdulillah. Walaupun buku Ilmu Pengaruh baharu sahaja berada dalam carta selama sebulan, namun kejayaan berada di tangga ke-20 adalah sangat membanggakan berbanding buku yang terbit lebih awal darinya.
Tips Mempengaruh
Testimonial
Friday, January 22, 2010
Testimonial
Testimonial
Thursday, January 21, 2010
Saya membeli kerana terpengaruh dengan ilmu pengaruh!
Baru sebentar tadi saya membeli secara online Buku Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni yang diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mungkin buku ini sesuai untuk para IM sekalian dalam mempengaruhi para pembeli anda di kemudian hari kelak.
Untuk mengetahui berkenaan buku ini, anda boleh membacanya di blog penulis buku tersebut di http://www.sangpelangi.com/eksperimen-gila-menjaja-buku-di-jalanan.html
Dan…jika anda mahu membeli secara online dan menjimatkan masa…boleh beli di
Saya tidak dibayar gaji ataupun menerima komisen di atas pembelian ini. Harap maklum.. Mungkin ada setengah-setengah pihak akan mengatakan saya ini suka makan duit komisen jerkk itu sebab saya promote.
Saya suka membaca dan menambahkan ilmu…
Wednesday, January 20, 2010
Ulasan buku Ilmu Pengaruh oleh Tuan Nizartwork
Buku: Ilmu Pengaruh - Bukan Jampi Tetapi Seni
Penulis: Tn. Hj. Syahrul Nizam Junaini (Pensyarah Unimas)
Terbitan: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Sama-sama kerja, dan bersama-sama kutip hasil. Yang sedang belajar, perlu kepada kawan/sahabat sejati. Yang bekerja memerlukan kenaikan pangkat dan gaji. Yang beniaga ingin memperluaskan empayar niaganya. Ianya barkait tentang kerjasama dan membina 'empayar' .
Untuk membina, nama dan pengaruh... mesti ada caranya, ada sempadannya, dan semestinya ada juga hala tuju. Bagaimana untuk mendapat kerjasama selain jampi-menjampi?
Buku yang membuka minda bagi mereka yang ingin membina nama, pengaruh, kerjasama. Yang menentukan langkah-langkah seterusnya adalah anda. Beli (jangan pinjam) dan baca. InsyaAllah, ada ilmu yang munafaat untuk jadikan panduan.
Disalin secara verbatim dari blog Nizartwork.
Tuesday, January 19, 2010
Apa ada pada nama..?
Baca lanjut di blog Nizartwork.
Sunday, January 17, 2010
Eksperimen Gila: Menjaja Buku di Jalanan
"Tuan, pinjamkan saya lima saat?"
Kata-kata itu yang pertama kuucapkan pada seorang lelaki yang sedang menghirup kopi putihnya. Tanganku kemas menayangkan sesuatu. Di meja petak itu, tiga sahabatnya juga terpaku merenung apa yang sedang kugenggam keras. Seorang daripada mereka cuba menyentuhnya. Dengan lembut kutarik ke belakang, mengelak sedikit. Senjataku cuma satu, grafik pada kulit buku.
Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni.
(ISBN: 978-967-5226-61-8)
Alaaa.. berilah saya sentuh.
Fuh, tajuk dia… Ceritalah sedikit.
Harga? Harga?
Itulah soalan-soalan yang terpancur dari mulut mereka. Sedangkan, waktu itu di dalam hatiku sudah terbahak-bahak ketawa. Memang seperti yang dijangka. Lima saat mereka yang kupinjam itu berjaya kukuasai sepenuhnya. Aku dengan berwajah penuh yakin mengatakan,
Sebenarnya kalian sudah dipengaruh. Lihat halaman 139.
Lalu, kuselakkan halaman 139 dan memberikannya pada seorang lelaki yang bertentang denganku. Beliau membacakan dengan kuat tanpa segan silu untuk diperdengarkan kepada teman-temannya yang lain.
Selang beberapa ketika, semuanya ternganga.
Sebenarnya, ilmu yang sedang kupraktikkan itu memang diceduk dari halaman yang sama juga (m/s 139) yang berbunyi;
Teori The Curve of Forgetting menyatakan, 80 peratus daripada apa-apa yang kita pelajari dan fahami diproses secara visual. Penulis cadangkan agar air liur tidak dibazirkan dengan bercakap semata-mata…
…Saluran secara visual ini juga memberikan 25 kali ganda lebih pantas kesannya pada otak mereka yang perlu dipengaruhi berbanding saluran pendengaran sahaja.
Lantas, berlegar-legarlah buku ini mengelilingi meja. Seorang demi seorang membeleknya dari kulit ke kulit, hingga ada juga yang menghidunya. Lucu!
Sepanjang buku itu bergerak dari tangan ke tangan, maka bermulalah satu proses yang dinamakan, ‘mencucuk jarum.’ Aku menceritakan kekuatan buku itu sebutir demi sebutir, tanpa gelojoh, berwajah yakin. Tidak kusangka, keempat-empat dari mereka berminat untuk membelinya.
Aku tersentak. Kenapa begitu mudah terjual?
Sayang sekali, aku cuma membawa lima buah buku sahaja untuk bereksperimentasi. Akhirnya, tinggal sebuah yang berada di genggamanku. Aku tetap di kedai kopitiam yang sama, mendekati sepasang suami isteri sedang berbincang di meja lain. Masih menggunakan strategi serupa, meminjamkan lima saat pertama.
“Tak boleh kurang?”
“Harganya RM21.90 ini tercetak di atas kulit dengan tujuan saya tak boleh menipu Tuan,”
“Mesti banyak komisen awak.”
“Ini kad saya. Saya sendiri editor kepada buku ini dan sudahpun dibayar gaji mahal.
Buntang mata mereka. Sang isteri melontarkan soalan,
“Wah, dibayar gaji mahal masih berjualan begini?”
Aku masih tersenyum melihatkan telatah mereka. Soalan itu juga sudah kuduga dan kusiapkan jawapannya awal-awal lagi,
Tujuan saya cuma satu; melihat reaksi pembaca. Bukan untung yang saya cari, Puan.”
Bayangkan, lima buah buku terjual dalam masa lima belas minit. Syukur. Pastinya bukanlah keuntungan yang besar andai dibandingkan dengan Tim Sales yang membawa juta-juta. Namun, misi utama dalam eksperimen ini adalah semata-mata ingin merobohkan tembok malu diri.
Pelajaran: Tidak meluahkan hasrat sebelum bertindak.
Daripada sepuluh sahabat yang kuceritakan tentang niatku untuk menjual buku secara langsung, enam daripadanya melontarkan balasan negatif. Untung sedikit, letih, berat, dan bermacam-macam lagi palang-palang kesusahan yang disandarkan pada bahu. Akibatnya, 50% moral diriku menjunam. Akhirnya, terpaksa kutidurkan sahaja hasrat ini. Berminggu-minggu.
Hinggalah pada suatu hari, seorang sahabatku, Wahyudi (menarik namanya,bukan) menceritakan,
Kau tahu? Setelah semua menolak untuk membeli darimu, kau akan alami satu perasaan yang berbeza setelah satu produk itu terjual. Fuhh… Bahagia…
Tanpa dia sedar, keesokan malam itu juga aku keluar bertindak. Siapa sangka, kalau bukan dengan kata-kata beliau itu, angan-anganku pasti terkubur begitu sahaja.