The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Wednesday, April 13, 2011

Testimonial: Tuan Irwan Dahnill

Saya telah selesai membaca buku ini lebih 3 bulan lalu tetapi tidak berkesempatan untuk meletakkannya disini.

Bagi saya buku ini merupakan suatu kompilasi lengkap, boleh digunakan sebagai fast track dan mengurangkan masa saya untuk mengumpul formula mencari pengaruh. Apa yang saya suka, saya tidak perlu lagi membelek banyak buku mengenai topik pengaruh dan cara beroleh kepercayaan orang lain, sebaliknya buku ini telah menyenaraikan semua (hampir) jalan yang lebih terhormat, bijak dan strategis untuk mendapatkan lebih apa yang kita mahu.

Memang benar, ia bukan jampi. Tetapi seni yang boleh dipelajari.

Kredit gambar: Facebook Tuan Irwan Dahnil.

Blurb kulit belakang buku Seni Bahasa Badan

Berkata-kata dalam diam, maksudnya tetap sampai. Tubuh terus menjadi 'bibir' yang berkata-kata. Biar pun berahsia, ada cara mencungkil cerita.

Tuesday, April 12, 2011

Testimonial - Puan Izan Pad


"Buku ilmu pengaruh tak habis-habis ku ulang membaca. Tidak pernah puas rasanya. Sudah khatam beberapa kali."

Thursday, March 31, 2011

Akan terbit: Seni Bahasa Badan

Puji serta syukur yang seluas-luasnya, setinggi-tingginya dan sebanyak-banyaknya hanya untuk Allah. Syukur atas syukur, kini buku ini berada di tangan pembaca yang budiman.

Inilah buku pertama di Malaysia berkaitan bahasa badan sepenuhnya. Tajuk paling hampir ialah Bahasa Badan Dalam Percintaan tulisan Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad terbitan Fajar Bakti (kini Oxford Fajar). Satu lagi ialah Memahami Gerak Geri tulisan Mohd Fauzi Jaafar terbitan Syarikat S Abdul Majeed.

Ilham asal penulisan tajuk ini datangnya daripada Tuan Mazni Al Irfan Jani yang bergeliga orangnya. Pada waktu itu beliau masih bersama tim hebat PTS Professional. Beliau cergas menjengah lompong ilmu dalam bidang komunikasi, terutama dalam bahasa Melayu. Namun cabaran yang beliau lontarkan kepada penulis memerlukan masa setahun direalisasikan.

p.s.: Insya-Allah buku akan terbit pada pertengahan April. Tuan puan jangan menyesal jika tidak sempat membaca buku ini. Tinggalkan komen untuk membuat pra-tempah.