The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Wednesday, December 15, 2010

Testimonial - Tuan Malik Faisal

Membaca buku 'ILMU PENGARUH: BUKAN JAMPI TETAPI SENI" ini seakan-akan membawa kembali semangat kita untuk meneroka sesuatu pengalaman yang baru yang kita rasakan sukar untuk dicapai sebelumnya.

Penggunaan susunan kata-kata yang mudah untuk difahami merupakan suatu kekuatan yang 'tersendiri' bagi penulis untuk mempengaruhi para pembaca di semua peringkat usia.

Juga ketika membaca dan memahami isi kandungan buku ini seolah-oleh kita sedang berdialog dengan penampilan diri kita sendiri dan merungkai serta menjawab kembali kesamaran kualiti jati diri kita.

Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa buku ini melambangkan kekuatan minda seorang manusia yang inginkan perubahan yang luarbiasa tetapi dengan alunan 'muzik yang sentimental'.

Buku ini sebaik-baiknya perlu dimiliki oleh kita semua.

Semoga Allah merahmati Ustaz Syahrul Nizam Junaini atas usaha beliau dalam berkongsi nasihat dan pesanan yang sangat berguna kepada kita melalui sentuhan istimewa ini. Amin


MALIK FAISAL BIN ABDUL WAHAB

(Penulis buku 'JAMPI JELMAAN AL QURAN DAN HADIS' (PTS) dan buku 'RUQYAH SYAR'IYYAH: SEBUAH TERAPI ISLAMI TERHADAP GANGGUAN SIHIR DAN JIN).

No comments:

Post a Comment