Menjual buku-buku profesional karya penulis tempatan adalah sukar kerana pembaca buku-buku profesional mempunyai persepsi negatif terhadap pengarang tempatan. Mereka hanya percaya buku profesional yang bagus kalau buku itu tulisan pengarang 'orang putih' sahaja.
Tetapi jualan buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni" tulisan Tn. Syahrul Nizam ini, yang dicetak 3000 naskhah, membuktikan bahawa buku profesional karya pengarang tempatan dapat dijual dengan larisnya.
Saya pernah berbincang dengan seorang penerbit Cina tentang isu menerbitkan buku profesional tulisan penulis Malaysia. Menurut beliau, di kalangan orang Cina sekalipun mereka hanya percaya buku terbitan Amerika dan UK sahaja yang bagus kualitinya. Mereka percaya kepada nama orang putih.
Malah kata penerbit itu lagi, orang Cina tidak percaya kepada penerbit Malaysia. Itulah sebabnya buku tulisan pengarang Cina Malaysia akan diterbitkan (konon-kononnya) oleh penerbit Singapura bagi mengabui mata pembeli buku di Malaysia, kerana mereka mempunyai persepsi buku yang diterbitkan di Singapura lebih berkualiti (padahal penerbit Singapura itu hanya pada namanya sahaja)!
Memang banyak buku tulisan orang putih bagus-bagus kualitinya. Tetapi itu tidak bermakna buku pengarang tempatan semuanya tidak berkualiti.
Kejayaan buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni" ini membuktikan buku profesional karya penulis tempatan dapat dipasarkan dengan baik.
No comments:
Post a Comment