Tuan Zamri Aminuddin (foto berbaju biru) menulis:
Saya baru saja selesai membaca buku hasil tulisan rakan FB saya; Tuan Syahrul Junaini, yang berjudul "ILMU PENGARUH : BUKAN JAMPI TETAPI SENI".
Saya bertugas sebagai pengurus dan pada yang sama, saya juga mengendalikan aktiviti jualan untuk organisasi saya. Di samping itu saya juga memiliki memilik bakeri yang mempunyai beberapa orang kakitangan sendiri.
Menjadi pengurus memerlukan kemahiran mempengaruhi orang lain - kakitangan dan juga pelanggan. Begitu juga dengan aktiviti jualan dan perniagaan saya.
Melalui buku ini, saya mula memahami akan pentingnya ilmu pengaruh, terutamanya apabila berhadapan dengan kakitangan bawahan yang mempunyai pelbagai ragam. Amat seronok apabila membaca buku ini dan dapat terus mengaitkannya dengan keadaan sebenar di dalam organisasi saya dan bagaimana saya dapat mempengaruhi kakitangan dengan melihat dan memahami tabiat dan perwatakan mereka.
Bagi aktiviti menjual, ilmu pengaruh ini amat bermanfaat kerana sememangnya tugas menjual itu adalah untuk mempengaruhi prospek membeli produk atau perkhidmatan yang dijual. Kita dapat mempelajari beberapa teknik pengaruh yang dapat digunakan dalam aktiviti jualan.
Saya suka mencadangkan buku ini dibaca oleh pengurus dan jurujual, kerana ilmu yang ada di dalam buku ini amat berguna dalam kedua-dua aktiviti, iaitu mengurus dan menjual.
Tahniah kepada Tuan Syahrul kerana berjaya menghasilkan buku yang berguna ini. Mungkin saya boleh mencadangkan Tuan Syahrul untuk menghasilkan pula buku mempengaruhi orang melalui internet pula!
No comments:
Post a Comment