The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Wednesday, March 17, 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010 )

Insya-Allah tahun ini kali pertama saya akan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, sebagai pengunjung dan sebagai penulis sekaligus. Saya kepingin bersua muka dengan rakan-rakan yang belum pernah saya temui. Jumpa anda di gerai PTS pada 20 Mac, 2.00pm - 3.00pm! :-)

Saya sudah merancang pengisiannya. Namun saya mengalu-alukan cadangan aktiviti daripada tuan/puan supaya satu jam ini memberi manfaat maksima kepada pengunjung pesta buku nanti.

Pada 20 Mac 2010, pelbagai aktiviti penulis bersama peminat sudah dirancang oleh Jabatan Pemasaran PTS. Temui Ainin Naufal, Ezee Rahmani, Syahrul Nizam Junaini, Nurul Zahida, llya Alias dan Ain Maisarah pada 20 Mac ini bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Jumpa di sana!

No comments:

Post a Comment