The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Thursday, December 30, 2010

15 Tip menjadi pengurus berpengaruh

Kadang-kadang sebagai pengurus kita buntu. Kita tidak terfikir bahawa selain mengiktiraf hasil kerja dan sumbangan kakitangan kita dengan wang, ada banyak lagi caranya:

1. Berikan senyuman (senyum itu sedekah).

2. Ucapkan terima kasih.

3. Beri pujian ikhlas atas penat lelah.

4. Berikan projek yang lebih menarik/besar.

5. Hantar pekerja menghadiri kursus/latihan/persidangan/seminar (di luar stesyen).

6. Hantar kad ucapan/tahniah.

7. Berikan surat penghargaan.

8. Beri anugerah khas (Cth: perkerja terbaik bulanan).

9. Hadiahkan buku berkaitan kerja/motovasi (Penerbit dan penulis buku suka).

10. Berikan maklumbalas yang positif untuk setiap hasil kerja.

11. Minta nasihat atau cadangan daripada mereka, tanda kita hargai kepakaran mereka.

12. Terbitkan penghargaan dan nama mereka dalam buletin syarikat/laman web.

13. Berikan tugas yang lebih mencabar bukti sudah mereka boleh memimpin.

14. Bawa mereka untuk lawatan rasmi (cth: Ke kilang pembekal atau pelanggan di luar negra).

15. Minta mereka mewakili kita di pembentangan yang lebih ramai audiens.

Diadaptasi daripada 25 tips for non-financial recognition dalam buku tulisan Max A. Eggert (1999) bertajuk The Motivation Pocketbook terbitan Management Pocketbooks.

Untuk tips tambahan, rujuk Bab 23: Teknik Mempengaruhi Pasukan dalam buku Ilmu Pengaruh: bukan Jampi Tetapi Seni.

1 comment:

  1. Saya sbgai Acting manager,sya masih lagi belajar utk jadi seorg pengurus. Boleh beri saya tunjuk ajar bagaimana saya menunjukkan seorg pengurus yg di hormat?
    Boleh emailkn sya d joyneallylexter85@gmail.com

    ReplyDelete