The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Thursday, February 18, 2010

Pawang Manusia

"Pawang manusia (coaching, mentor, mudarrib) adalah orang yang menggunakan teknik, proses dan seni yang berbasis hubungan untuk mendapatkan pengaruh orang, menjual ide, ataupun mendapatkan persetujuan..." ~ Buku Pawang Manusia hal. 2. Istilah pawang dan jampi memang sinonim... tetapi Ilmu pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni!

Saya fikir
Buku Ilmu Pengaruh: bukan Jampi tetapi Seni yang saya tulis adalah buku pertama beracuan Malaysia bagi buku How to Win Friends and Influence People yang ditulis pada 1936. Saya fikir buku Pawang Manusia pula adalah acuan Indonesia.

Wednesday, February 17, 2010

Siapa insan yang ingin kita pengaruhi hari ini?

Siapa insan yang ingin kita pengaruhi hari ini? Bagaimana agaknya mahu mempengaruhi insan tersebut? Bagaimana pula mahu mengelakkan diri dari dipengaruhi? Buku 'Ilmu Pengaruh' ini ada jawapannya.

Jangan bimbang, ini bukan buku yang mengajarkan ilmu hitam.. :)

Kata Tuan Shahrul Nizam Junaini (penulis buku ini) dalam catat...annya untuk saya, "Semoga menjadi ahli akademik yang berpengaruh". Semoga dimakbulkan Allah. Amin.

Tuesday, February 16, 2010

Testimonial

"Tidak dapat tergambar betapa gembiranya hati ini apabila berjaya memiliki buku Ilmu Pengaruh karya Tuan Shahrul Nizam Junaini. Inginku luangkan masa selama beberapa jam untuk memahami betapa besarnya "Kuasa Pengaruh" yang boleh diadaptasikan dalam persekitaran sekeliling." ~Aqif Azizan


Monday, February 15, 2010

Testimonial

"Saya terbaca buku ni semasa saya tgh lepak2 kah MPH..Fuh, memang terpengaruh saya membacanya..insyallah bulan ini saya akan pergi membelinya." ~Mohamad Johari

Sunday, February 14, 2010

Testimonial

"i love your book. really motivate me :)" ~ JiEll Collections

Saturday, February 13, 2010

Testimonial

"kulit buku ini sahaja pun sudah mempengaruhi saya untuk membelinya. Saya sudah habis membacanya dan saya dapati buku ini amat sesuai untuk kita membina pengaruh tidak kira samada kita berjawatan tinggi ataupun tidak." ~Azahari Waid

Friday, February 12, 2010

Testimonial

"Salam tuan, buku ilmu pengaruh tu memng best, but sy belum lagi habis membacanya lagi sebab ingin pahamkan setaiap apa yang tertulis dengan lebih mendalam dan jelas." ~ Fozan Artisme

Diskaun 10%! Jangan lepaskan peluang ini!

Salam Jumaat! Sempena hari yang mulia ini, saya berbesar hati memberikan DISKAUN 10% kepada 10 pembeli pertama buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni untuk hari ini! Siapa cepat dia dapat! Tempah online di sini!

Thursday, February 11, 2010

Testimonial

"Macam membaca 20 tajuk berkaitan buku ilmu pengarauh." ~ Mior Nurzaidin

Wednesday, February 10, 2010

Testimonial

"Buku ini amat menarik kerana mempunyai perisian untuk mengenali diri kita dalam mempengaruhi orang di sekeliling. Bukan disebabkan jawatan, pendapatan, pangkat atau taraf seseorang tetapi... (semuanya ada diceritakan dalam buku ini)." ~ Tuan Mohai Paladin

Monday, February 8, 2010

Testimonial









"Saya baru beli buku (Ilmu Pengaruh), ianya satu buku yang menarik dan amat sesuai untuk semua orang." ~ Sharul Azman Shamsuddin

Kursus Membina Personaliti Usahawan Berpengaruh di Facebook

Pada 3 Februari 2009, saya telah mengendalikan Kursus Membina Personaliti Usahawan Berpengaruh di Facebook di Seremban, Negeri Sembilan.


























Lebih banyak gambar menarik di laman Flickr Usahawan Hebat.

Sunday, February 7, 2010

Belum 2 Bulan Terbit Stok Sudah Licin dalam Gudang PTS

Disalin dari blog Universiti Terbuka PTS.

Menjual buku-buku profesional karya penulis tempatan adalah sukar kerana pembaca buku-buku profesional mempunyai persepsi negatif terhadap pengarang tempatan. Mereka hanya percaya buku profesional yang bagus kalau buku itu tulisan pengarang 'orang putih' sahaja.

Tetapi jualan buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni" tulisan Tn. Syahrul Nizam ini, yang dicetak 3000 naskhah, membuktikan bahawa buku profesional karya pengarang tempatan dapat dijual dengan larisnya.

Saya pernah berbincang dengan seorang penerbit Cina tentang isu menerbitkan buku profesional tulisan penulis Malaysia. Menurut beliau, di kalangan orang Cina sekalipun mereka hanya percaya buku terbitan Amerika dan UK sahaja yang bagus kualitinya. Mereka percaya kepada nama orang putih.

Malah kata penerbit itu lagi, orang Cina tidak percaya kepada penerbit Malaysia. Itulah sebabnya buku tulisan pengarang Cina Malaysia akan diterbitkan (konon-kononnya) oleh penerbit Singapura bagi mengabui mata pembeli buku di Malaysia, kerana mereka mempunyai persepsi buku yang diterbitkan di Singapura lebih berkualiti (padahal penerbit Singapura itu hanya pada namanya sahaja)!

Memang banyak buku tulisan orang putih bagus-bagus kualitinya. Tetapi itu tidak bermakna buku pengarang tempatan semuanya tidak berkualiti.

Kejayaan buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni" ini membuktikan buku profesional karya penulis tempatan dapat dipasarkan dengan baik.

Saturday, February 6, 2010

Kursus Membina Pengaruh Sebagai Usahawan & Mukmin Profesional @ Facebook

Date: Saturday, February 27, 2010
Time: 9:00am - 5:00pm
Location: Kulliyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak



Bukan lagi rahsia! Setiap manusia mempunyai kuasa pengaruh tersendiri. Cetuskan kuasa pengaruh dalam diri anda melalui penerokaan dalam kursus ini . Ia diadakan khas untuk individu yang masih mencari dan ingin membina aura pengaruh di dalam diri sendiri.

Pengaruh adalah sesuatu yang dinamik. Ia perlu dibentuk secara berterusan melibatkan setiap orang yang kita temui.Pelbagai teknik berkesan untuk memanipulasi dan mengembangkan potensi pengaruh di dalam diri individu yang akan dikongsi dengan lebih mendalam. Hasilnya anda bukan sahaja disukai malah cukup disenangi dan mudah pula didampingi.Melalui rangkuman kemahiran berkomunikasi, bersosialisasi dan interpersonal, kursus ini merupakan yang pertama seumpamanya diadakan.

Membina empayar kerja ataupun perniagaan, memerlukan pengaruh dan juga nama. Begitu juga untuk menjadi agen menyebarkan dakwah Islam- juga perlu pada pengaruh dan personaliti yang cukup hebat, sehingga mampu menarik manusia kepada penghayatan Islam yang sebenar.

Dunia pada hari ini begitu mencabar dengan lapangan sosial yang begitu mendesak supaya kemahiran bersosial dipelajari dengan lebih baik. “Kursus Membina Pengaruh Sebagai Usahawan & Mukmin Profesional@Facebook” ini buat julung-julung kalinya akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Kursus hebat ini dikendalikan oleh Tn Hj Syahrul Nizam Junaini, seorang penulis buku yang berpengaruh di pasaran iaitu Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi, terutama selepas kelahiran karya sulungnya, Teknik Persembahan Hebat Dengan PowerPoint yang laris di pasaran. Berkelayakan akademik Ijazah Sarjana Komunikasi Media dari University of Bradford, United Kingdom, beliau kini merupakan motivator dan Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Selepas menghadiri kursus ini para peserta akan dapat:

1. Membina & menyebarluaskan pengaruh sebagai mukmin profesional dalam bidang masing-masing.
2. Mengetahui konsep dan teknik asas komunikasi berpengaruh..
3. Mempraktikkan tips-tips untuk memantapkan pengaruh sebagai usahawan terutamanya di laman sosial paling laris di masa kini- Facebook.

KENAPA PENGARUH PENTING DALAM MENCAPAI KEJAYAAN??

Ada orang mengatakan kejayaan itu adalah kerana individu itu sememangnya sudah berpotensi berjaya. Hakikatnya, fakta itu tidak tepat dengan fitrah dan psikologi kejayaan. Jika potensi semata-mata sudah memadai untuk berjaya, mengapa masih ada ramai orang yang berpotensi tetapi akhirnya terpaksa menempuh kegagalan dalam hidup?
Jika potensi sahaja sudah memadai, maka orang yang paling berpengaruh sudah pasti mereka yang berpotensi. Tetapi hakikatnya kita semua berpotensi sebagai manusia hebat, namun bukan semua daripada kita berpengaruh. Satu kajian di Amerika mendapati;

• Lebih 50% CEO kepada 500 anak Syarikat Fortune seringkali mendapat C semasa di kolej.
• 65% dari seluruh ahli senat Amerika adalah mereka yang sering mendapat tempat pertengahan dan ke bawah di dalam kelas semasa di sekolah.
• 75% daripada Presiden-presiden Amerika mempunyai rekod akademik yang buruk.
• Lebih 50% usahawan jutawan tidak menamatkan pengajian universiti.

Jelas, potensi semata-mata tidak mencukupi dan ia perlu disertai dengan PENGARUH!

Satu lagi Fakta kajian yang perlu kita ketahui :

1) 15% sumber pengaruh adalah daripada JAWATAN
2) 35% sumber pengaruh adalah daripada ILMU
3) 50% sumber pengaruh adalah daripada PERSONALITI

Di dalam kursus ini, antara perkara yang bakal dikongsi oleh Tn Hj Syahrul Nizam adalah:

Seminar I - Membina Personaliti Mukmin Berpengaruh

Tujuh Senjata Memujuk
Empat Corak Rundingan Berpengaruh
Teknik Komunikasi Persuasif
Bahasa Tubuh Berpengaruh
Ayat-ayat Cinta Yang Power!
Hadiah Sebagai Umpan Pengaruh
Strategi Kepimpinan Berpengaruh
Menjadi Pekerja Berpengaruh
Enam Kualiti Personaliti Berpengaruh Zaman Rasullullah SAW (Terhangat!!)
PRAKTIKAL: 10 minit yang Berpengaruh!

Seminar II - Strategi Pemasaran Berpengaruh dengan Facebook

Notes, Photo, Video dan Events
Adab Berziarah ke Rumah Orang
Tips Gambar dan Profil Berpengaruh
Teknik Branding dan Membina Jenama
Fadhilat Tijarah
Kaedah Pemasaran MLM (Mutual and Loving Marketing)
Tips Mempengaruhi Pelanggan
Tujuh Silap Faham dalam Pemasaran
PRAKTIKAL: Mewujudkan Fan Page dan Group 'Bermagnet'

Siapa yang perlu hadir ke kursus ini??

*ANDA pemimpin yang ingin berpengaruh dalam sesebuah organisasi
*ANDA mahasiswa yang dalam proses membina nama dan pengaruh dalam persatuan
*ANDA usahawan yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia bisnes
*ANDA pekerja biasa yang ingin mencipta pengaruh luar biasa
*ANDA yang sememangnya ingin menjadi mukmin professional berpengaruh

Kursus ini bersifat hands-on. Tips-tips praktikal yang disampaikan akan terus dipraktikkan semasa kursus. Para peserta digalakkan membawa komputer riba (laptop) masing-masing. Penganjur akan menyediakan sambungan Internet.

Detail program adalah seperti berikut :
Tarikh: 27 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 9.00 am - 5.00 pm
Lokasi: Bangunan Kulliyyah Kejuruteraan ,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Yuran: RM130.00
Yuran berkumpulan (5 orang): RM600.00
Yuran untuk Pelajar UIAM : RM110
Yuran early bird (sebelum 13 Februari 2010): RM100.00

Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank di atas nama Nur Shahidat Mohamed, nombor akaun 153010526774.Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian 013-3005476.

Tarikh tutup pendaftaran ialah 25 Februari 2010.

*Tempat adalah amat terhad. Terbuka untuk 100 penyertaan sahaja. Pastikan tuan/puan mendaftar segera untuk mendapatkan ilmu pengaruh ini lebih dahulu daripada orang lain! (^_^)

Daftar di sini: http://www.facebook.com/event.php?eid=303575286696

Friday, February 5, 2010

Buku Ilmu Pengaruh akan diulang cetak!

BERITA TERGEMPAR!!! | 3000 cetakan pertama Buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni sudah 'ghaib' kerana laris terjual dalam tempoh kurang dua bulan. Tuan/puan yang membuat tempahan terus daripada saya diminta bersabar. Insya-Allah buku akan diulang cetak dalam tempoh dua minggu. Terima kasih atas sokongan semua!

HANYA 2 NASKAH YANG TINGGAL! Kepada rakan-rakan yang berada di Melaka, tuan/puan boleh dapatkan buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni dengan segera di MPH atau Thai Kuang Mahkota Parade. NOTA: 2998 naskah cetakan pertama sudah licin dari stor penerbit! :-)

Saya baru menerima SMS daripada Tuan Irfan Jani, editor di PTS Professional. Alhamdulillah... Buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni akan diulang cetak, setelah 3000 unit cetakan pertama 'ghaib' dalam tempoh kurang dua bulan. Semoga berdozen-dozen tips mempengaruh yang saya tulis memberi manfaat kepada lebih ramai pembaca dari Perlis ke Sabah! :-)