The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Thursday, January 28, 2010

Testimoni: Buku “Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni” Bagus untuk Pengurus dan Jurujual

Disalin dari blog UNIVERSITI PTS.

Tuan Zamri Aminuddin (foto berbaju biru) menulis:

Saya baru saja selesai membaca buku hasil tulisan rakan FB saya; Tuan Syahrul Junaini, yang berjudul "ILMU PENGARUH : BUKAN JAMPI TETAPI SENI".

Saya bertugas sebagai pengurus dan pada yang sama, saya juga mengendalikan aktiviti jualan untuk organisasi saya. Di samping itu saya juga memiliki memilik bakeri yang mempunyai beberapa orang kakitangan sendiri.

Menjadi pengurus memerlukan kemahiran mempengaruhi orang lain - kakitangan dan juga pelanggan. Begitu juga dengan aktiviti jualan dan perniagaan saya.

Melalui buku ini, saya mula memahami akan pentingnya ilmu pengaruh, terutamanya apabila berhadapan dengan kakitangan bawahan yang mempunyai pelbagai ragam. Amat seronok apabila membaca buku ini dan dapat terus mengaitkannya dengan keadaan sebenar di dalam organisasi saya dan bagaimana saya dapat mempengaruhi kakitangan dengan melihat dan memahami tabiat dan perwatakan mereka.

Bagi aktiviti menjual, ilmu pengaruh ini amat bermanfaat kerana sememangnya tugas menjual itu adalah untuk mempengaruhi prospek membeli produk atau perkhidmatan yang dijual. Kita dapat mempelajari beberapa teknik pengaruh yang dapat digunakan dalam aktiviti jualan.

Saya suka mencadangkan buku ini dibaca oleh pengurus dan jurujual, kerana ilmu yang ada di dalam buku ini amat berguna dalam kedua-dua aktiviti, iaitu mengurus dan menjual.

Tahniah kepada Tuan Syahrul kerana berjaya menghasilkan buku yang berguna ini. Mungkin saya boleh mencadangkan Tuan Syahrul untuk menghasilkan pula buku mempengaruhi orang melalui internet pula!

Kursus Membina Personaliti Usahawan Berpengaruh di Facebook

Date:
Wednesday, February 3, 2010
Time:
8:00am - 5:30pm
Location:
Bilik Kuliah PUSMA, Aras 3, Seremban Plaza

Disalin dari sumber asal.

Tuan/Puan usahawan yang dihormati, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kursus yang julung kali diadakan ini untuk memantapkan lagi pengaruh Tuan/Puan di ruang maya terutamanya laman sosial yang paling popular pada masa ini - Facebook.

Kursus hebat ini dikendalikan oleh Tn Hj Syahrul Nizam Junaini, penulis buku yang berpengaruh di pasaran iaitu Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi, terutama selepas kelahiran karya sulungnya, Teknik Persembahan Hebat Dengan PowerPoint yang laris di pasaran. Berkelayakan akademik Ijazah Sarjana Komunikasi Media dari University of Bradford, United Kingdom, beliau kini merupakan motivator dan Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Selepas menghadiri kursus ini para peserta akan dapat:
- Mengetahui konsep dan teknik asas komunikasi berpengaruh.
- Mempraktikkan pengetahuan tersebut dalam aktiviti promosi dan pemasaran melalui Facebook.

Tajuk-tajuk berpengaruh yang bakal dikongsi oleh Tn Hj Syahrul Nizam dalam kursus ini ialah:

Sesi 1: Tips Komunikasi Berpengaruh

- Membentuk Personaliti Berpengaruh
- Tujuh Senjata Memujuk
- Teknik Komunikasi Persuasif
- Ayat-ayat Cinta yang Power!
- Mencipta Profil Menarik
- Membina Personaliti Menarik
- Menjaga Kerahsiaan Data
- Emoticon dan Emosi Maya
- Adab dan Tertib di Alam Maya
- Dosa dan Pahala Maya

Sesi 2: Facebook Lubuk Rezeki Usahawan

- Asas Perniagaan Online (E-mail/Blog/Facebook).
- Wall, Fan Page dan Group
- Notes, Photo, Video dan Events
- Menjaga 'dinding' Facebook
- Adab Bertandang ke Rumah Orang
- Teknik Branding dan Membina Jenama
- Kaedah Pemasaran Cara Halus
- Tips Mempengaruhi Pelanggan
- 7 Dosa Besar dalam Pemasaran (EKSTRA!)

Kursus ini bersifat hands-on. Tips-tips praktikal yang disampaikan akan terus dipraktikkan semasa kursus. Para peserta digalakkan membawa komputer riba (laptop) masing-masing. Penganjur akan menyediakan sambungan Internet.

Yuran penyertaan adalah hanya RM120 sahaja, termasuk makan dan minum serta kit peserta.

Untuk mendaftar, hubungi Cik Azzah di talian 019-2875243 atau email ke azzahar[at]digital-apprentice.com.

Tempat adalah amat terhad. Pastikan tuan/puan mendaftar segera untuk mendapatkan ilmu pengaruh ini lebih dahulu daripada orang lain!

\(^_^)/

Tuesday, January 26, 2010

Ulat Buku, Harian Metro: Semula jadi berpengaruh

Disalin bulat-bulat daripada Harian Metro, 26 Jan 2010

























(Klik pada gambar!)

Ulat Buku: Semula jadi berpengaruh

2010/01/26

RAMAI menganggap pangkat, kekayaan dan kuasa mampu membuatkan diri seseorang itu berpengaruh. Justeru, ada yang sanggup melakukan apa saja biarpun tidak dihalalkan agama atau direstui norma masyarakat.

RAMAI menganggap pangkat, kekayaan dan kuasa mampu membuatkan diri seseorang itu berpengaruh. Justeru, ada yang sanggup melakukan apa saja biarpun tidak dihalalkan agama atau direstui norma masyarakat.

Mungkin kita tidak perasan, sebenarnya ada orang di sekeliling kita yang masih berpengaruh secara semula jadi. Tanpa sebarang jampi serapah, kita mampu membuatkan semua orang mengakui pendapat kita. Inilah yang disebut sebagai seni mempengaruh.

Kuasa daya pengaruh lahir daripada pelbagai faktor seperti yang dihuraikan dalam buku ini. Pelbagai cerita turut dimuatkan supaya ia lebih mudah difahami.

Karya ini sesuai untuk dimiliki mereka yang bekerja secara berkumpulan khususnya, tidak kira di peringkat atasan mahupun di kalangan pekerja sokongan.

Penulisnya, Syahrul Nizam Junaini, memiliki kepakaran dalam seni komunikasi berpengaruh yang sebelum ini melahirkan karya, Persembahan Hebat dengan Power Point.

Lulusan Universiti Bedford, United Kingdom, kini penulis adalah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak.


Judul: Ilmu Pengaruh - Bukan Jampi Tetapi Seni
Penulis: Syahrul Nizam Junaini
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd (2010)
Harga: RM21.90 (Sabah dan Sarawak RM24.90)
Tebal: 178 halaman

Monday, January 25, 2010

20 Buku Bisnes dan Pengurusan PTS Paling Laris pada Tahun 2009

SUMBER: Blog Universiti PTS.

1. Buat Duit dengan Blog (5,198) - Tarikh Terbit: 18 March 2009 ;

2. Buat Duit dengan Ikan Keli (4,715)

3. Rahsia Bisnes Orang Cina - ed. kulit lembut (4,562) Tarikh Terbit: 5 October 2006 ;

4. Buat Duit dengan Cendawan (3,586)

5. Buat Duit dengan Restoran (3,431)

6. Rahsia Bisnes Orang Cina - ed. jimat (3,371)

7. Buat Duit dengan Foto (3,009)

8. Buat Duit dengan Rumah (2,941)

9. Buat Duit dengan Tuisyen (2,937)

10. Buat Duit dengan Jual Pakaian (2,907)

11. Buat Duit dengan Lembu (2,894)

12. Buat Duit Sebagai Ejen Insurans dan Takaful (2,886)

13. Buat Duit dengan Cacing Tanah (2,858)

14. Bisnes Internet: Bina. Upload. Urus (2,836)

15. Strategi Bisnes Manchester United (2,819)

16. Menjadi Jutawan MLM. ed. jimat (2,811)

17. Buat Duit dengan Cenderamata Korporat (2,803)

18. Internet Marketing dengan FaceBook, Myspace.com & Twitter (2,796)

19. Buat Duit dengan YouTube (2,777)

20. Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni (2,728) - Terbit 1 Disember 2009

Nota: Laporan ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS. Data di atas adalah jumlah naskhah yang keluar dari gudang PTS bagi penghantaran atas pesanan pengedar, kedai buku dan agen PTS di seluruh negara dalam tempoh 1 Januari - 31 Disember 2009.

Nota Tambahan: Alhamdulillah. Walaupun buku Ilmu Pengaruh baharu sahaja berada dalam carta selama sebulan, namun kejayaan berada di tangga ke-20 adalah sangat membanggakan berbanding buku yang terbit lebih awal darinya.

Tips Mempengaruh

Mereka yang menerima pemberian anda akan berada dalam suasana 'kurang selesa'. Kesannya mereka akan bersungguh-sungguh menghilangkan beban ketidakselesaan tersebut dengan cuba 'membayar balik' pemberian anda. Ambil peluang ini untuk mencucuk jarum pengaruh anda! ;-)

Testimonial

"Saya baru juga mendapatkan buku Tuan menjadikan(nya) kekasih saya yg terbaru.." ~Hairizal Hamidon

Friday, January 22, 2010

Testimonial

"Mungkin buku ini sesuai untuk para Internet Marketer (IM) sekalian dalam mempengaruhi para pembeli anda di kemudian hari kelak." Tuan Shahraduan, Internet Marketer (www.shahraduan.com)

Testimonial

"Satu buku yang menarik dan muda difahami." ~ Sharul Azman Shamsuddin

Testimonial

"Saya sudah membaca keseluruhan buku. Mahu diulang lagi. Menarik." ~ Tuan Wan Zayuhisham, penulis novel Impian Juara.

Thursday, January 21, 2010

Testimonial

"baru mula baca bab 1, sangat menarik...sayang nak tinggal walau satu ayat...." ~ Kasmawati Othman

Saya membeli kerana terpengaruh dengan ilmu pengaruh!

Disalin bulat-bulat dari blog shahraduan.com

Baru sebentar tadi saya membeli secara online Buku Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni yang diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mungkin buku ini sesuai untuk para IM sekalian dalam mempengaruhi para pembeli anda di kemudian hari kelak.

Untuk mengetahui berkenaan buku ini, anda boleh membacanya di blog penulis buku tersebut di http://www.sangpelangi.com/eksperimen-gila-menjaja-buku-di-jalanan.html

Dan…jika anda mahu membeli secara online dan menjimatkan masa…boleh beli di

http://www.bookcafe.com.my/en/bisnes-and-pengurusan/kepimpinan/ilmu-pengaruh-bukan-jampi-tetapi-seni.html

Saya tidak dibayar gaji ataupun menerima komisen di atas pembelian ini. Harap maklum.. Mungkin ada setengah-setengah pihak akan mengatakan saya ini suka makan duit komisen jerkk itu sebab saya promote.

Saya suka membaca dan menambahkan ilmu…

Wednesday, January 20, 2010

Terlaris bulan ini di kedai eSastera!

Buku Ilmu Pengaruh adalah antara buku terlaris bulan ini di kedai eSastera!


Ulasan buku Ilmu Pengaruh oleh Tuan Nizartwork














Buku: Ilmu Pengaruh - Bukan Jampi Tetapi Seni
Penulis: Tn. Hj. Syahrul Nizam Junaini (Pensyarah Unimas)
Terbitan: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Sama-sama kerja, dan bersama-sama kutip hasil. Yang sedang belajar, perlu kepada kawan/sahabat sejati. Yang bekerja memerlukan kenaikan pangkat dan gaji. Yang beniaga ingin memperluaskan empayar niaganya. Ianya barkait tentang kerjasama dan membina 'empayar' .

Untuk membina, nama dan pengaruh... mesti ada caranya, ada sempadannya, dan semestinya ada juga hala tuju. Bagaimana untuk mendapat kerjasama selain jampi-menjampi?

Buku yang membuka minda bagi mereka yang ingin membina nama, pengaruh, kerjasama. Yang menentukan langkah-langkah seterusnya adalah anda. Beli (jangan pinjam) dan baca. InsyaAllah, ada ilmu yang munafaat untuk jadikan panduan.

Disalin secara verbatim dari blog Nizartwork.

Tuesday, January 19, 2010

Apa ada pada nama..?

Setiap nama yang 'dibawa' oleh setiap insan, membawa erti di dalam kehidupan sehariannya, sehinggalah kepada kerjayanya, dan seterusnya dibawa ke liang lahat...

Baca lanjut di blog Nizartwork.

Sunday, January 17, 2010

Eksperimen Gila: Menjaja Buku di Jalanan

Ini kisah benar dari blog Tuan Irfan, editor Perolehan PTS Profesional:

"Tuan, pinjamkan saya lima saat?"

Kata-kata itu yang pertama kuucapkan pada seorang lelaki yang sedang menghirup kopi putihnya. Tanganku kemas menayangkan sesuatu. Di meja petak itu, tiga sahabatnya juga terpaku merenung apa yang sedang kugenggam keras. Seorang daripada mereka cuba menyentuhnya. Dengan lembut kutarik ke belakang, mengelak sedikit. Senjataku cuma satu, grafik pada kulit buku.

Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni.

(ISBN: 978-967-5226-61-8)

Alaaa.. berilah saya sentuh.

Fuh, tajuk dia… Ceritalah sedikit.

Harga? Harga?

Itulah soalan-soalan yang terpancur dari mulut mereka. Sedangkan, waktu itu di dalam hatiku sudah terbahak-bahak ketawa. Memang seperti yang dijangka. Lima saat mereka yang kupinjam itu berjaya kukuasai sepenuhnya. Aku dengan berwajah penuh yakin mengatakan,

Sebenarnya kalian sudah dipengaruh. Lihat halaman 139.

Lalu, kuselakkan halaman 139 dan memberikannya pada seorang lelaki yang bertentang denganku. Beliau membacakan dengan kuat tanpa segan silu untuk diperdengarkan kepada teman-temannya yang lain.

Selang beberapa ketika, semuanya ternganga.

Sebenarnya, ilmu yang sedang kupraktikkan itu memang diceduk dari halaman yang sama juga (m/s 139) yang berbunyi;

Teori The Curve of Forgetting menyatakan, 80 peratus daripada apa-apa yang kita pelajari dan fahami diproses secara visual. Penulis cadangkan agar air liur tidak dibazirkan dengan bercakap semata-mata…

…Saluran secara visual ini juga memberikan 25 kali ganda lebih pantas kesannya pada otak mereka yang perlu dipengaruhi berbanding saluran pendengaran sahaja.

Lantas, berlegar-legarlah buku ini mengelilingi meja. Seorang demi seorang membeleknya dari kulit ke kulit, hingga ada juga yang menghidunya. Lucu!

Sepanjang buku itu bergerak dari tangan ke tangan, maka bermulalah satu proses yang dinamakan, ‘mencucuk jarum.’ Aku menceritakan kekuatan buku itu sebutir demi sebutir, tanpa gelojoh, berwajah yakin. Tidak kusangka, keempat-empat dari mereka berminat untuk membelinya.

Aku tersentak. Kenapa begitu mudah terjual?

Sayang sekali, aku cuma membawa lima buah buku sahaja untuk bereksperimentasi. Akhirnya, tinggal sebuah yang berada di genggamanku. Aku tetap di kedai kopitiam yang sama, mendekati sepasang suami isteri sedang berbincang di meja lain. Masih menggunakan strategi serupa, meminjamkan lima saat pertama.

“Tak boleh kurang?”

“Harganya RM21.90 ini tercetak di atas kulit dengan tujuan saya tak boleh menipu Tuan,”

“Mesti banyak komisen awak.”

“Ini kad saya. Saya sendiri editor kepada buku ini dan sudahpun dibayar gaji mahal.

Buntang mata mereka. Sang isteri melontarkan soalan,

“Wah, dibayar gaji mahal masih berjualan begini?”

Aku masih tersenyum melihatkan telatah mereka. Soalan itu juga sudah kuduga dan kusiapkan jawapannya awal-awal lagi,

Tujuan saya cuma satu; melihat reaksi pembaca. Bukan untung yang saya cari, Puan.”

Bayangkan, lima buah buku terjual dalam masa lima belas minit. Syukur. Pastinya bukanlah keuntungan yang besar andai dibandingkan dengan Tim Sales yang membawa juta-juta. Namun, misi utama dalam eksperimen ini adalah semata-mata ingin merobohkan tembok malu diri.

Pelajaran: Tidak meluahkan hasrat sebelum bertindak.

Daripada sepuluh sahabat yang kuceritakan tentang niatku untuk menjual buku secara langsung, enam daripadanya melontarkan balasan negatif. Untung sedikit, letih, berat, dan bermacam-macam lagi palang-palang kesusahan yang disandarkan pada bahu. Akibatnya, 50% moral diriku menjunam. Akhirnya, terpaksa kutidurkan sahaja hasrat ini. Berminggu-minggu.

Hinggalah pada suatu hari, seorang sahabatku, Wahyudi (menarik namanya,bukan) menceritakan,

Kau tahu? Setelah semua menolak untuk membeli darimu, kau akan alami satu perasaan yang berbeza setelah satu produk itu terjual. Fuhh… Bahagia…

Tanpa dia sedar, keesokan malam itu juga aku keluar bertindak. Siapa sangka, kalau bukan dengan kata-kata beliau itu, angan-anganku pasti terkubur begitu sahaja.

Saturday, January 16, 2010

Testimonial

"... agak menarik sebab baru perasan yang selama ni ada juga teknik yang dinyatakan dlm buku tok mmg selalu kita buat dlm aktiviti kita seharian jadi ianya agak menarik." - Mohammad Azwani Serojai.

Friday, January 15, 2010

Testimonial

Kata seorang pembaca buku Ilmu Pengaruh, Tuan Yusree Zainuzzaman, "Apabila saya menerima bungkusan (buku) pagi ini minda saya terus 'terjampi' dan esok saya akan 'menjampi' orang lain..."