The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Wednesday, December 30, 2009

Tips pemimpin berpengaruh


















Pemimpin berpengaruh bijak menggunakan kata-kata retorik yang menyentuh emosi pendengar. Sebagai contoh, dalam ucapannya pada tahun 1963, Martin Luther King bijak menarik penyokongnya agar berkongsi impian dengannya melalui ucapan bertajuk "I Have a Dream."

Saturday, December 5, 2009

Sudah ada yang tercari-cari!

Buku Ilmu Pengaruh bakal berada di pasaran dua atau tiga minggu lagi. Namun sudah ada rakan saya di Facebook yang bertanya sama ada sudah ada di pasaran atau belum!


Wednesday, December 2, 2009

Ini bukan ilmu misteri!

Ini bukan ilmu misteri! Itu kata-kata puan Ainon di wall Facebooknya. Kemudian anda juga boleh baca respons rakan-rakan beliau di sini:

Tuesday, December 1, 2009

Inovasi pada Pakejing Buku Ilmiah

Bidang marketing adalah kombinasi seni dan sains. Jabatan editorial PTS kini sedang menjalankan eksperimen dan inovasi dalam bidang marketing buku-bukunya.

Yang terbaru adalah inovasi marketing yang dicubakan pada pakejing buku-buku akademik dan profesional terbitan PTS Professional Sdn. Bhd., di mana buku-buku nonfiksyen diberikan pakejing ala-ala buku fiksyen.

Kulit buku memainkan peranan penting dalam marketing kerana jika design kulit dapat memancing mata pengunjung kedai buku maka barulah ada harapan buku itu mungkin diambil dan dipegang oleh bakal pembeli.

Buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni" karya Tn. Syahrul Nizam, seorang pensyarah di UNIMAS, adalah buku profesional, tetapi judul dan design covernya dibuat ala-ala buku fiksyen.

Kandungannya adalah berdasarkan hasil-hasil kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar-pakar, khususnya mereka yang menjalankan kajian di US dan UK.

Disalin dan disunting dari blog universitiPTS.

Monday, November 30, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010 )

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 akan berlangsung pada 19-28 Mac 2010 mulai 10:00am - 10:00am. Insyaallah saya akan berada di sana pada 20-21 Mac 2010 di ruang legar PWTC.

Anda boleh dapatkan buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni di Gerai Buku PTS, Aras Bawah, PWTC, Kuala Lumpur. Kemudian terus berlari-lari anak dan bertemu dengan saya secara bersemuka bagi mendapatkan tandatangan saya yang diterbangkan khas dari Kuching, Sarawak!

AWAS: Gerai PTS dijangka "sesak nafas" dengan pengunjung!:)

Tuesday, November 17, 2009

Kandungan






















Bahagian I: Pengenalan

Bab 1: Kuasa Daya Pengaruh
Bab 2: Kisah Musang, Anjing Pemburu dan Keldai
Bab 3: Mempengaruhi Anggota Organisasi
Bab 4: Lima Alasan Untuk Menguasai Daya Pengaruh

Bahagian II: Seni Memujuk dan Mempengaruh

Bab 5: Bermain dengan Emosi
Bab 6: Memujuk dengan Umpan
Bab 7: Bertanya Sebagai Kaedah Memujuk
Bab 8 : Memujuk bagi Menawan Hati
Bab 9 : Senjata Memujuk

Bahagian III: Teknik dan Kuasa Mempengaruh

Bab 10 : Perlunya Kuasa Mempengaruh
Bab 11 : Sumber Kuasa
Bab 12 : Matlamat Pujukan
Bab 13 : Model Daya Pengaruh
Bab 14 : Teknik Mempengaruh
Bab 15 : Menggunakan Kuasa
Bab 16 : Mengekspresikan Pengaruh
Bab 17 : Perundingan Berpengaruh
Bab 18 : Tenaga Penarik dan Penolak
Bab 19 : Perhebat Kuasa Personaliti
Bab 20 : Ciri Pemimpin Berpengaruh
Bab 21 : Cinta Pandang Pertama

Bahagian IV: Aplikasi Teknik Mempengaruh di Tempat Kerja

Bab 22 : Menjadi Pemimpin Berpengaruh
Bab 23 : Mempengaruhi Pasukan
Bab 24 : Mempengaruhi Kakitangan
Bab 25 : Mempengaruhi Rakan Sejawat
Bab 26 : Memimpin Walau Bukan Ketua
Bab 27 : Mempengaruhi Ketua
Bab 28 : Seni Membina Penyokong
Bab 29 : Pengaruh Bahasa Berkuasa
Bab 30 : Bina Kepercayaan, Kukuhkan Kredibiliti
Bab 31 : Teknik Jualan Berpengaruh
Bab 32 : Menjadi Wira Perubahan
Bab 33 : Memanfaat Peluang
Bab 34 : Persiapan Membina Hubungan
Bab 35 : Gunakan Sokongan dari Luar
Bab 36 : Seni Menangani Konflik

Bahagian V: Penutup

Bab 37 : Tokoh Paling Berpengaruh Abad Ke 21
Bab 38 : Etika Sebagai Individu Berpengaruh
Bab 39 : Berkongsi Kuasa
Bab 40 : Pengaruh Berkekalan.

Monday, November 16, 2009

Maklumat buku di laman web PTS

Maklumat tentang buku ini juga boleh didapati di laman web www.pts.com.my.