The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Thursday, May 27, 2010

Mencipta pengaruh melalui bahasa

Jika kita ingin mencipta karisma dalam diri, ampuhkan teknik kita berkomunikasi. Bagi memastikan proses komunikasi lancar dan mantap, perbaiki kemahiran berbahasa. Dalam bab 29 buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni, saya tekankan pentingnya bahasa dalam mempengaruh seseorang:
"Justeru pilih perkataan yang tepat dan ketahui bila dan bagaimana menggunakannya. Ia akan memberi kesan kepada seseorang. Perkara ini boleh dilihat dengan jelas pada pemimpin terbilang dunia seperti Winston Churchill atau Martin Luther King. "
Tuan Shamsuddin Kadir mengumpamakan berkomunikasi dengan slanga adalah seperti perbezaan di antara pasar dan pasar raya. Katanya:
"Apabila kita bercakap dan menulis, individu di sekeliling kita akan tahu sama ada kita ini bertaraf ‘pasar’ ataupun ‘pasar raya’."
Kata Prof. Emiritus Abdullah Hassan:
"... mereka yang mempunyai kemahiran berbahasa yang lancar, lengkap, terpelajar, akan dipersepsi sebagai pemimpin yang baik. Ini sangat penting bagi membentuk karisma seorang pemimpin."
Baca kertas kerja lengkap yang beliau tulis.

Tuesday, May 25, 2010

Tip: Cari persamaan sebelum mempengaruh

Dalam bab 9 buku Ilmu Pengaruh, senjata pengaruh yang ampuh ialah dengan mencari persamaan yang ada sebelum kita mula mempengaruh seseorang.

Oleh itu, jika satu-satu idea perlu disampaikan bagi memujuk seseorang, cari persamaan apa sahaja persamaan yang ada. Menjadi lumrah sebagai manusia di mana kita lebih mudah tertarik dengan mereka yang mempunyai persamaan dengan kita. Dengan persamaan yang ada, seseorang akan lebih mudah menyukai orang lain.

Menurut Puan Ainon Mohd dari UniversitiPTS:

"Kajian pakar-pakar psikologi mendapati manusia mahukan benda-benda dan perkara-perkara yang sudah familiar (sudah biasa) kepada mereka. Inilah faktor yang mendorong orang suka apabila berjumpa dengan orang-orang yang mereka sering jumpai; mereka suka pergi makan ke restoran yang sama, suka membeli-belah di supermarket yang sama, dan suka membeli produk-produk daripada jenama-jenama yang sama."

Thursday, May 13, 2010

Pendaftaran Bengkel Bersama Penulis Ilmu Pengaruh - Bukan Jampi Tetapi Seni Dibuka Sekarang!

Menulis buku memberikan kepuasan luar biasa kepada penulisnya. Anda akan menikmati satu alam ciptaan sendiri yang tidak dapat diceritakan kepuasannya. Apabila buku laris di pasaran dan cek pertama royalti jualan buku diterima, kenikmatan dan kepuasannya, hanya anda sahaja yang dapat merasainya.

Bengkel bersifat hands-on ini membongkar rahsia dan teknik menulis buku bestseller. Di hujung bengkel anda akan dapat menyiapkan kertas cadangan penulisan buku untuk dihantar kepada penerbit.

Peserta akan didedahkan dengan 'jampi' yang digunakan semasa menulis buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni yang diulang cetak tidak sampai dua bulan dari tarikh terbit. Buku ini adalah buku soft skills terlaris PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2010) . Buku ini juga adalah top 3 kategori bisnes dan pengurusan PTS.

Dengan menyertai bengkel ini anda akan dapat:

- membina personal branding dan positioning bagi membezakan diri anda berbanding beribu-ribu penulis lain di Malaysia.

- mempraktikkan teknik berkesan menganyam perkataan untuk membentuk ayat, perenggan dan bab yang akan memberi nikmat kepada beribu-ribu orang yang membacanya.

- mengetahui teknik praktikal dan pantas bagaimana anda cuma perlu menulis buku sekali, tetapi menikmati royalti berkali-kali.

Tarikh : 11 Julai 2010
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras (IYC)
klik sini untuk lihat peta. Berhampiran dengan HUKM.
Yuran : RM 200.00 (Bayaran adalah selewat-lewatnya 3 minggu sebelum bengkel. Hanya perserta yang sudah membayar sahaja akan disenaraikan di blog AVA).
Jumlah Perserta : Hanya 30 orang sahaja.
- Makan dan Minum disediakan.
- Terdapat kemudahan surau.
- Sijil disediakan.
-Sesiapa yang berminat, sila emel nama kepada ejenmanuskrip@yahoo.com


TENTATIF

Sesi 1 :
9pg - 10.45 pg
- Asas menulis buku
- Mengkaji trend buku bestseller
- 100 tip mengarang berkesan

10.45 - 11.00 pg (Rehat & Minum pg)

Sesi 2 :
11 - 12.45 tgh
- Rahsia menulis 5 buah buku serentak
- Praktikal menulis satu bab

12.45 - 1.45 ptg (Rehat, makan tgh, Solat Zohor)

Sesi 3 :
1.45 - 3.30
- Menulis proposal buku
- Seni memikat penerbit

3.30-4.00 ptg
- Praktikal menulis proposal buku

Soalan
Bersurai.


TRAINER

Tn Hj Syahrul Nizam Junaini memiliki ijazah Sarjana Komunikasi Media dari University of Bradford, United Kingdom. Beliau kini Pensyarah Kanan bidang multimedia di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Setakat ini beliau telah menghasilkan empat buah buku, walaupun menulis secara sambilan dan di luar bidang kepakaran.

Testimonial




Prof Madya Wan Zulkifli Wan Yusof: "... Buku yang bagus untuk dibaca, Buku "Ilmu Pengaruh - bukan jampi tapi seni" ... Dapatkan rahsia untuk mempengaruhi orang lain... semuanya akan diperolehi dalam buku ini."