Sunday, November 8, 2009
Kulit Belakang Ilmu Pengaruh
Selama ini kita beranggapan pangkat, kekuasaan dan kuasa mampu membuatkan kita berpengaruh. Sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa sahaja, biarpun tidak dihalalkan agama atau tidak direstui norma masyarakat.
Mungkin kita tidak perasan, sebenarnya ada beberapa orang di sekeliling yang masih berpengaruh secara semula jadi. Maksudnya tanpa jampi serapah pun, kita mampu membuatkan semua orang mengatakan YA kepada pendapat kita. Ini yang disebut seni mempengaruh.
Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi, tetapi Seni,wajib dimiliki oleh mereka yang kerja berkumpulan, tidak kira pihak atasan, mahupun pekerja sokongan. Selepas mendalami ilmu pengaruh melalui buku ini, ayuh lekas mencubanya secara halus.
Ingat! Biar kita pengaruh orang, jangan kita dipengaruhi!
Syahrul Nizam Junaini, kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi, terutama selepas kelahiran karya sulungnya Persembahan Hebat dengan PowerPoint yang laris di pasaran. Kali ini, beliau menghimpunkan semula ilmu komunikasi efektif, dikutip dari pengalaman sepanjang menuntut dalam ijazah Sarjana Komunikasi Media dari University of Bradford, United Kingdom. Tambahan pula sebagai posisi beliau sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Ikuti buah fikiran beliau selanjutnya di www.SyahrulNizam.com.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment