The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Monday, September 14, 2009

Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi tetapi Seni

Buku terbaru tulisan saya yang pada asalnya bertajuk Memaksima Daya Pengaruh telah ditukar tajuknya. E-mel terkini yang saya baharu terima daripada tim editorial PTS Pro:

"Saya juga ingin memaklumkan kepada tuan bahawa tajuk buku ini telah diubah iaitu Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi tetapi Seni."

Cover buku juga sedang dalam proses design. Saya tidak dapat bayangkan sukarnya designer hendak mereka bentuk cover buku ini. Smashing Magazine menyebut:

"Book covers are hard to design and nice to look at. An effective book cover manages to catch human’s eye and convey the idea behind the book on one single page. However, it’s getting even harder..."

Sneak Preview - buku Memaksima Daya Pengaruh



30 strategi menjadi individu berpengaruh

Sebuah lagi buku tulisan PTS yang berada sama genre dengan buku terbaru tulisan saya, Memaksima Daya Pengaruh adalah buku bertajuk 30 Strategi Membina Pengaruh. Penulisnya, ZAMRI MOHAMAD dan HAEQAL ZULQARNAIN menulis di dalam blog mereka, Motivasi Mindamu:
"30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh ditulis untuk semua. Membuang segala mitos bahawa pengaruh adalah warisan dan bersifat ajaib hanya untuk sesetengah individu."

Buku terbaru tulisan saya

Pagi tadi saya menerima panggilan telefon daripada Tuan Irfan, Editor Perolehan, PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Beliau menyatakan bahawa manuskrip buku terbaru tulisan saya bertajuk Memaksima Daya Pengaruh sudah siap disunting. Insyaallah akan saya terima manuskripnya pada minggu hadapan untuk semakan sebelum dicetak.

Proses penulisan buku ini sudah memakan masa lebih setahun. Ia bermula dengan lontaran idea dari bos PTS sendiri, Puan Ainon yang diwar-warkan di blog UNIKAPTS bertarikh 26 Ogos 2008. Buku berkaitan seni pengaruh adalah buku yang dicari katanya. Saya sahut cabaran itu.
"Kepada mentee-mentee Sifu yang sudah mengikuti bengkel teknik adaptasi, tulislah buku tentang Seni dan Daya Pengaruh.Tema daya pengaruh adalah tema evergreen dan pasarannya baik.Di kedai-kedai buku, banyak judul bertemakan 'influence' dipamerkan di rak kerana permintaan bagi buku-buku influencing-skills memang bagus."

Insyaallah buku ini akan dicetak pada bulan Oktober November. Di laman Facebook sudah ada dua orang rakan saya yang telah membuat tempahan awal. Jika tuan/puan berminat hubungi saya SEGERA! Diskaun istimewa menanti 10 pembeli terawal!

* Gambar hiasan. Cover buku saya akan muncul sedikit masa lagi. Harap bersabar...