Wednesday, April 13, 2011
Blurb kulit belakang buku Seni Bahasa Badan
Monday, March 8, 2010
Hanya tinggal tiga...
Tuesday, December 1, 2009
Inovasi pada Pakejing Buku Ilmiah
Bidang marketing adalah kombinasi seni dan sains. Jabatan editorial PTS kini sedang menjalankan eksperimen dan inovasi dalam bidang marketing buku-bukunya. Yang terbaru adalah inovasi marketing yang dicubakan pada pakejing buku-buku akademik dan profesional terbitan PTS Professional Sdn. Bhd., di mana buku-buku nonfiksyen diberikan pakejing ala-ala buku fiksyen.
Kulit buku memainkan peranan penting dalam marketing kerana jika design kulit dapat memancing mata pengunjung kedai buku maka barulah ada harapan buku itu mungkin diambil dan dipegang oleh bakal pembeli.
Buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni" karya Tn. Syahrul Nizam, seorang pensyarah di UNIMAS, adalah buku profesional, tetapi judul dan design covernya dibuat ala-ala buku fiksyen.
Kandungannya adalah berdasarkan hasil-hasil kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar-pakar, khususnya mereka yang menjalankan kajian di US dan UK.
Disalin dan disunting dari blog universitiPTS.
Tuesday, November 17, 2009
Kandungan

Bahagian I: Pengenalan
Bab 1: Kuasa Daya Pengaruh
Bab 2: Kisah Musang, Anjing Pemburu dan Keldai
Bab 3: Mempengaruhi Anggota Organisasi
Bab 4: Lima Alasan Untuk Menguasai Daya Pengaruh
Bahagian II: Seni Memujuk dan Mempengaruh
Bab 5: Bermain dengan Emosi
Bab 6: Memujuk dengan Umpan
Bab 7: Bertanya Sebagai Kaedah Memujuk
Bab 8 : Memujuk bagi Menawan Hati
Bab 9 : Senjata Memujuk
Bahagian III: Teknik dan Kuasa Mempengaruh
Bab 10 : Perlunya Kuasa Mempengaruh
Bab 11 : Sumber Kuasa
Bab 12 : Matlamat Pujukan
Bab 13 : Model Daya Pengaruh
Bab 14 : Teknik Mempengaruh
Bab 15 : Menggunakan Kuasa
Bab 16 : Mengekspresikan Pengaruh
Bab 17 : Perundingan Berpengaruh
Bab 18 : Tenaga Penarik dan Penolak
Bab 19 : Perhebat Kuasa Personaliti
Bab 20 : Ciri Pemimpin Berpengaruh
Bab 21 : Cinta Pandang Pertama
Bahagian IV: Aplikasi Teknik Mempengaruh di Tempat Kerja
Bab 22 : Menjadi Pemimpin Berpengaruh
Bab 23 : Mempengaruhi Pasukan
Bab 24 : Mempengaruhi Kakitangan
Bab 25 : Mempengaruhi Rakan Sejawat
Bab 26 : Memimpin Walau Bukan Ketua
Bab 27 : Mempengaruhi Ketua
Bab 28 : Seni Membina Penyokong
Bab 29 : Pengaruh Bahasa Berkuasa
Bab 30 : Bina Kepercayaan, Kukuhkan Kredibiliti
Bab 31 : Teknik Jualan Berpengaruh
Bab 32 : Menjadi Wira Perubahan
Bab 33 : Memanfaat Peluang
Bab 34 : Persiapan Membina Hubungan
Bab 35 : Gunakan Sokongan dari Luar
Bab 36 : Seni Menangani Konflik
Bahagian V: Penutup
Bab 37 : Tokoh Paling Berpengaruh Abad Ke 21
Bab 38 : Etika Sebagai Individu Berpengaruh
Bab 39 : Berkongsi Kuasa
Bab 40 : Pengaruh Berkekalan.
Monday, November 16, 2009
Monday, October 5, 2009
Ilmu Pengaruh bakal berada di Perpustakaan Negara Malaysia

Buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi tetapi Seni bakal berada di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Malah anda sudah boleh melihat rekod pra-penerbitannya di laman Online Public Access Catalogue (OPAC) PNM.
Di dalam rekod ini, nombor ISBN bagi buku Ilmu Pengaruh ialah 9789675226618.
Monday, September 14, 2009
Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi tetapi Seni
"Saya juga ingin memaklumkan kepada tuan bahawa tajuk buku ini telah diubah iaitu Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi tetapi Seni."
Cover buku juga sedang dalam proses design. Saya tidak dapat bayangkan sukarnya designer hendak mereka bentuk cover buku ini. Smashing Magazine menyebut:
"Book covers are hard to design and nice to look at. An effective book cover manages to catch human’s eye and convey the idea behind the book on one single page. However, it’s getting even harder..."
30 strategi menjadi individu berpengaruh
Sebuah lagi buku tulisan PTS yang berada sama genre dengan buku terbaru tulisan saya, Memaksima Daya Pengaruh adalah buku bertajuk 30 Strategi Membina Pengaruh. Penulisnya, ZAMRI MOHAMAD dan HAEQAL ZULQARNAIN menulis di dalam blog mereka, Motivasi Mindamu:"30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh ditulis untuk semua. Membuang segala mitos bahawa pengaruh adalah warisan dan bersifat ajaib hanya untuk sesetengah individu."
Buku terbaru tulisan saya
Proses penulisan buku ini sudah memakan masa lebih setahun. Ia bermula dengan lontaran idea dari bos PTS sendiri, Puan Ainon yang diwar-warkan di blog UNIKAPTS bertarikh 26 Ogos 2008. Buku berkaitan seni pengaruh adalah buku yang dicari katanya. Saya sahut cabaran itu.
"Kepada mentee-mentee Sifu yang sudah mengikuti bengkel teknik adaptasi, tulislah buku tentang Seni dan Daya Pengaruh.Tema daya pengaruh adalah tema evergreen dan pasarannya baik.Di kedai-kedai buku, banyak judul bertemakan 'influence' dipamerkan di rak kerana permintaan bagi buku-buku influencing-skills memang bagus."
Insyaallah buku ini akan dicetak pada bulan Oktober November. Di laman Facebook sudah ada dua orang rakan saya yang telah membuat tempahan awal. Jika tuan/puan berminat hubungi saya SEGERA! Diskaun istimewa menanti 10 pembeli terawal!
* Gambar hiasan. Cover buku saya akan muncul sedikit masa lagi. Harap bersabar...





