Thursday, December 30, 2010
15 Tip menjadi pengurus berpengaruh
1. Berikan senyuman (senyum itu sedekah).
2. Ucapkan terima kasih.
3. Beri pujian ikhlas atas penat lelah.
4. Berikan projek yang lebih menarik/besar.
5. Hantar pekerja menghadiri kursus/latihan/persidangan/seminar (di luar stesyen).
6. Hantar kad ucapan/tahniah.
7. Berikan surat penghargaan.
8. Beri anugerah khas (Cth: perkerja terbaik bulanan).
9. Hadiahkan buku berkaitan kerja/motovasi (Penerbit dan penulis buku suka).
10. Berikan maklumbalas yang positif untuk setiap hasil kerja.
11. Minta nasihat atau cadangan daripada mereka, tanda kita hargai kepakaran mereka.
12. Terbitkan penghargaan dan nama mereka dalam buletin syarikat/laman web.
13. Berikan tugas yang lebih mencabar bukti sudah mereka boleh memimpin.
14. Bawa mereka untuk lawatan rasmi (cth: Ke kilang pembekal atau pelanggan di luar negra).
15. Minta mereka mewakili kita di pembentangan yang lebih ramai audiens.
Diadaptasi daripada 25 tips for non-financial recognition dalam buku tulisan Max A. Eggert (1999) bertajuk The Motivation Pocketbook terbitan Management Pocketbooks.
Untuk tips tambahan, rujuk Bab 23: Teknik Mempengaruhi Pasukan dalam buku Ilmu Pengaruh: bukan Jampi Tetapi Seni.
Wednesday, March 17, 2010
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010 )
Saya sudah merancang pengisiannya. Namun saya mengalu-alukan cadangan aktiviti daripada tuan/puan supaya satu jam ini memberi manfaat maksima kepada pengunjung pesta buku nanti.
Pada 20 Mac 2010, pelbagai aktiviti penulis bersama peminat sudah dirancang oleh Jabatan Pemasaran PTS. Temui Ainin Naufal, Ezee Rahmani, Syahrul Nizam Junaini, Nurul Zahida, llya Alias dan Ain Maisarah pada 20 Mac ini bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Jumpa di sana!
Tuesday, March 2, 2010
Friday, February 12, 2010
Diskaun 10%! Jangan lepaskan peluang ini!
Sunday, February 7, 2010
Belum 2 Bulan Terbit Stok Sudah Licin dalam Gudang PTS
Disalin dari blog Universiti Terbuka PTS.Menjual buku-buku profesional karya penulis tempatan adalah sukar kerana pembaca buku-buku profesional mempunyai persepsi negatif terhadap pengarang tempatan. Mereka hanya percaya buku profesional yang bagus kalau buku itu tulisan pengarang 'orang putih' sahaja.
Tetapi jualan buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni" tulisan Tn. Syahrul Nizam ini, yang dicetak 3000 naskhah, membuktikan bahawa buku profesional karya pengarang tempatan dapat dijual dengan larisnya.
Saya pernah berbincang dengan seorang penerbit Cina tentang isu menerbitkan buku profesional tulisan penulis Malaysia. Menurut beliau, di kalangan orang Cina sekalipun mereka hanya percaya buku terbitan Amerika dan UK sahaja yang bagus kualitinya. Mereka percaya kepada nama orang putih.
Malah kata penerbit itu lagi, orang Cina tidak percaya kepada penerbit Malaysia. Itulah sebabnya buku tulisan pengarang Cina Malaysia akan diterbitkan (konon-kononnya) oleh penerbit Singapura bagi mengabui mata pembeli buku di Malaysia, kerana mereka mempunyai persepsi buku yang diterbitkan di Singapura lebih berkualiti (padahal penerbit Singapura itu hanya pada namanya sahaja)!
Memang banyak buku tulisan orang putih bagus-bagus kualitinya. Tetapi itu tidak bermakna buku pengarang tempatan semuanya tidak berkualiti.
Kejayaan buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni" ini membuktikan buku profesional karya penulis tempatan dapat dipasarkan dengan baik.
Friday, February 5, 2010
Buku Ilmu Pengaruh akan diulang cetak!
HANYA 2 NASKAH YANG TINGGAL! Kepada rakan-rakan yang berada di Melaka, tuan/puan boleh dapatkan buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni dengan segera di MPH atau Thai Kuang Mahkota Parade. NOTA: 2998 naskah cetakan pertama sudah licin dari stor penerbit! :-)
Saya baru menerima SMS daripada Tuan Irfan Jani, editor di PTS Professional. Alhamdulillah... Buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni akan diulang cetak, setelah 3000 unit cetakan pertama 'ghaib' dalam tempoh kurang dua bulan. Semoga berdozen-dozen tips mempengaruh yang saya tulis memberi manfaat kepada lebih ramai pembaca dari Perlis ke Sabah! :-)
Saturday, December 5, 2009
Sudah ada yang tercari-cari!
Sunday, November 8, 2009
Kulit Belakang Ilmu Pengaruh
Selama ini kita beranggapan pangkat, kekuasaan dan kuasa mampu membuatkan kita berpengaruh. Sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa sahaja, biarpun tidak dihalalkan agama atau tidak direstui norma masyarakat.
Mungkin kita tidak perasan, sebenarnya ada beberapa orang di sekeliling yang masih berpengaruh secara semula jadi. Maksudnya tanpa jampi serapah pun, kita mampu membuatkan semua orang mengatakan YA kepada pendapat kita. Ini yang disebut seni mempengaruh.
Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi, tetapi Seni,wajib dimiliki oleh mereka yang kerja berkumpulan, tidak kira pihak atasan, mahupun pekerja sokongan. Selepas mendalami ilmu pengaruh melalui buku ini, ayuh lekas mencubanya secara halus.
Ingat! Biar kita pengaruh orang, jangan kita dipengaruhi!
Syahrul Nizam Junaini, kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi, terutama selepas kelahiran karya sulungnya Persembahan Hebat dengan PowerPoint yang laris di pasaran. Kali ini, beliau menghimpunkan semula ilmu komunikasi efektif, dikutip dari pengalaman sepanjang menuntut dalam ijazah Sarjana Komunikasi Media dari University of Bradford, United Kingdom. Tambahan pula sebagai posisi beliau sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Ikuti buah fikiran beliau selanjutnya di www.SyahrulNizam.com.
EKSKLUSIF! Kulit depan Ilmu Pengaruh
apabila pendapat kita
tidak dihiraukan.
Tidak cukup rupa, wang ataupun pangkat?
Tetapi ingin pengaruhi orang lain?
Buku ini jawapannya.
Tuesday, November 3, 2009
Ilmu Pengaruh bakal dicetak minggu ini
Buku tuan dalam minggu ini akan dihantar ke printer. Insyaallah 14 hari dari tarikh itu akan siaplah buku itu.



