The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Thursday, March 31, 2011

Akan terbit: Seni Bahasa Badan

Puji serta syukur yang seluas-luasnya, setinggi-tingginya dan sebanyak-banyaknya hanya untuk Allah. Syukur atas syukur, kini buku ini berada di tangan pembaca yang budiman.

Inilah buku pertama di Malaysia berkaitan bahasa badan sepenuhnya. Tajuk paling hampir ialah Bahasa Badan Dalam Percintaan tulisan Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad terbitan Fajar Bakti (kini Oxford Fajar). Satu lagi ialah Memahami Gerak Geri tulisan Mohd Fauzi Jaafar terbitan Syarikat S Abdul Majeed.

Ilham asal penulisan tajuk ini datangnya daripada Tuan Mazni Al Irfan Jani yang bergeliga orangnya. Pada waktu itu beliau masih bersama tim hebat PTS Professional. Beliau cergas menjengah lompong ilmu dalam bidang komunikasi, terutama dalam bahasa Melayu. Namun cabaran yang beliau lontarkan kepada penulis memerlukan masa setahun direalisasikan.

p.s.: Insya-Allah buku akan terbit pada pertengahan April. Tuan puan jangan menyesal jika tidak sempat membaca buku ini. Tinggalkan komen untuk membuat pra-tempah.